MAKLUMAN / INFO SEMASA

 


INFO TERKINI.

TUAN/PUAN BOLEH MENUNTUT BAUCER BUKU ANAK-ANAK MELALUI PAUTAN DALAM LAMAN DELIMa ATAU MELALUI IKON BOOK CAPITAL DI BAWAH.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

MOHON IBU BAPA MEMBERI GALAKAN SUPAYA ANAK-ANAK MEREKODKAN BAHAN BACAAN DALAM PAUTAN AINS YANG DISEDIAKAN DI SEBELAH KIRI LAMAN INI. TERIMA KASIH.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

KEPADA MURID-MURID SK BERIS PANCHOR

SILA DAPATKAN KATA LALUAN ID DELIMA ANDA DARIPADA GURU KELAS ATAU GURU MAKMAL.

******************************************************


Tuesday

Apa Kesudahan PPSMI ???

Kementerian Pelajaran didakwa tidak dedah kemerosotan Metematik dan Inggeris
09 Feb 2009 4:51PM
Kuala Lumpur: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran tidak mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains.


Setiausaha Agung PKPIM Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) itu juga mendapati majoriti negara yang menduduki tangga teratas dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.

"Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia turut menggambarkan betapa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah merudumkan prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains," katanya dalam satu kenyataan di sini.

TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik dan Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998 hingga 2000, 2001 hingga 2004 dan 2005 hingga 2008.

Seramai 4,466 pelajar Tingkatan Dua, 150 guru Matematik dan 150 guru Sains yang mengajar pelajar Tingkatan Dua daripada 150 sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian itu.

"Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan Dua yang menjadi responden kajian ini adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program PPSMI, jadi dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI," kata Khairul Anwar.

Beliau berkata kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46 buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 kepada tempat yang ke-20.

"Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah merosot sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003.

"Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan perbezaanya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517) dan Rusia (512)," katanya.

Katanya kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 (TIMSS 2003) kepada tempat ke-21 pada TIMSS 2007.

"Skor purata Malaysia (Sains) juga telah merosot sebanyak 29 kepada 471 (TIMSS 2007) berbanding Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Australia (515) dan Sweden (511)," katanya.

Khairul Anwar juga mengulangi pendirian PKPIM yang menolak dan membantah pelaksanaan PPSMI./Bernama


2 comments:

Ira A Sa Ra said...

Ramainya cikgu lelaki sekolah nie...Mana aci nie...kalu kat KL, cikgu lelaki hampir pupus. Patut ler cikgu perempuan nak mintak balik kelate tok leh..rupanya deme2 nie dok berlonggak kat kelate...uhhhhhh nak balik ngajar kelate jugak....

GPB SK Beris Panchor said...

ooo ye ke? tak perasan pulak kita kat sini ada lambakan guru laki. Tapi buat pengetahuan Ira, kedudukan cikgu laki kat kelate tak berapa selamat. Hulu kelate selalu aje menyapa kami untuk ke sana. Tu yang gelisah memanjang.

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA