MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Wednesday

7 pilihan PPSMI


TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (kanan), mempengerusikan Mesyuarat Terbuka Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris di PICC, Putra Jaya, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom. - Foto Izhari Ariffin


7 pilihan ajar Sains, Matematik
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
Pakar rumus masa depan pelaksanaan PPSMI

PUTRAJAYA: Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir di sini semalam, merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

Pilihan itu ialah:

-Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.

-Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

-Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.

-Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah.


-Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.


-Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah, dan


-Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Pilihan itu dirumuskan selepas lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI diadakan, yang disertai tokoh akademik, penyelidik, parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pakar dari Lembaga Pentaksiran dan Kurikulum Victoria, Australia (VCAA), William Perrin, turut menyertai persidangan semalam.

Ia diadakan bagi meneliti serta membahaskan semua laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan PPSMI yang mencetuskan kontroversi berikutan desakan sesetengah supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya.

PPSMI yang bermatlamat meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam bahasa Inggeris dimulakan dengan projek perintis lima tahun pada 2003.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, pada sidang media selepas mempengerusikan persidangan itu, berkata laporan rumusan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secepat mungkin sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

“Hishammuddin sedang melakukan lawatan kerja ke luar negara dan dijangka balik dalam masa beberapa hari ini untuk meneliti opsyen yang ada.

“Saya ingin tegaskan bahawa persidangan meja bulat atau keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 tidak menentukan keputusan mengenai PPSMI, tetapi ia akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk keputusan muktamad,” katanya.

Mengenai persiapan untuk pengajaran Sains dan Matematik bagi sesi persekolahan akan datang, Wee berkata, dasar PPSMI tidak akan diubah sehingga pengumuman dibuat di peringkat Jemaah Menteri.

“Jika tidak ada pengumuman, maka secara konvensinya tiada perubahan akan berlaku (pada sesi persekolahan akan datang). Sehingga ada pengumuman, apa yang perlu diubah akan disusuli dengan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau juga berkata keputusan mengenai PPSMI tidak akan dijalankan atas kepentingan politik, tetapi dibuat secara profesional.

“Datuk Seri Hishammuddin sendiri mengecualikan diri daripada persidangan meja bulat siri pertama hingga kelima supaya beliau pada peringkat akhir dapat menerima pandangan semua pihak.

“Jadi saya tidak mahu ada yang sangka bahawa kerajaan membuat keputusan mengenai PPSMI tanpa menerima pandangan pelbagai pihak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang turut menyertai persidangan itu, berkata perkara penting yang diambil kira dalam merumuskan pelaksanaan PPSMI adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai dengan mudah kedua-dua mata pelajaran terbabit.

"Ini penting supaya pelajar dapat memahami sepenuhnya konsep pembelajaran Sains dan Matematik, sekali gus meningkatkan kebolehan mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.

"Penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan ramai golongan profesional dan saintis sebelum diperkenalkan PPSMI. Di negara maju, contohnya Jepun, Perancis dan Korea, mereka tetap boleh membangun walaupun menggunakan bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris pula boleh terus dipertingkatkan menerusi pendekatan lain, seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain memantapkan penguasaan bahasa itu oleh tenaga pengajar.


MATA PELAJARAN BARU??

Petikan Berita Harian..
Ilmu komunikasi pelajaran berteras kesenian diperkenal di sekolah rendah

KUALA LUMPUR: Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.


Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan.

"Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.

"Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat, Khamis lalu, mengenai transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah yang bakal dirintis mulai 2010.

Hishammuddin berkata, rombakan yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan diteliti pihak berkepakaran secara holistik dan antara aspek ditekankan ialah mengenai sejarah negara.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, kementerian juga akan menggubal buku teks baru serta sukatan kurikulum yang lebih relevan.

Katanya, ketika ini sistem pendidikan sekolah rendah menyenaraikan terlalu banyak mata pelajaran dengan hampir semua subjek teras, wajib dan tambahan bersifat akademik semata-mata.

Alimuddin berkata, transformasi yang dilakukan itu bukan saja akan memberi wajah baru kepada sistem pendidikan rendah negara, malah bakal memupuk bakat serta kecenderungan pelajar yang tidak terhad kepada akademik semata-mata.

"Objektif utama transformasi ini adalah bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai lebih ketrampilan, daya saing dan keyakinan diri yang tinggi, di samping mampu menempatkan diri mereka dalam suasana dunia lebih mencabar nanti.

"Oleh itu, penggunaan sistem penilaian berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA) atau sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperkenalkan mulai 2010 dengan markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian pelajar," katanya.

Beliau berkata, kementerian sudah memulakan projek perintis bagi memperkenalkan transformasi itu di 50 sekolah rendah terpilih sejak pertengahan tahun ini, manakala 500 sekolah lagi akan memulakan program itu mulai tahun depan.

"Walaupun program perintis sudah dilaksanakan di sekolah terpilih, ia hanya membabitkan sebahagian transformasi yang digariskan dan segala kelemahan yang dikesan akan diperbaiki sehingga ia dilaksanakan di semua sekolah mulai 2010," katanya.

Alimuddin berkata, modul latihan di institut pendidikan guru (IPG) juga dirombak selaras dengan perubahan itu.

Tuesday

PPSMI dari sudut undang-undang.

Melihat PPSMI dari sudut undang-undang

Oleh Abdul Aziz Abdul Rahman

SEJAK beberapa tahun yang lepas banyak perdebatan dan perbincangan berlangsung tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

Di peringkat permulaannya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar, kemudian kerajaan membuat keputusan untuk menukarkannya ke bahasa Inggeris.



Sekarang pihak kerajaan sedang mengkaji semula perkara ini dan banyak perbahasan telah dan sedang berjalan. Adalah elok bagi kita memfokuskan perkara ini dari sudut undang-undang sebelum pihak kerajaan membuat apa- apa keputusan.

Kegunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pada pendapat saya adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Ia adalah tidak sah kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti berikut:

Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa 'Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa:

- (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

Perkara 152(6) pula menyebut dengan perkara ini "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Perkara-perkara berhubung dengan sistem pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kerajaan melalui kementerian pendidikan adalah bagi 'maksud rasmi' seperti dinyatakan oleh Artikel 152 (6) Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 152 hendaklah dipatuhi oleh kerajaan.

Mengikut sistem pendidikan kebangsaan, bahasa kebangsaan adalah ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan sebagaimana ternyata oleh seksyen 17 (1) Akta 550 yang berbunyi seperti berikut:

''Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada sub seksyen ini".

Peruntukan seksyen 17(1) Akta 550 adalah sebagai mematuhi kehendak Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut seksyen 18(2) Akta 550, kurikulum kebangsaan adalah ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dan beliau sudah pun menetapkan mata pelajaran teras yang menjadi asas utama pendidikan murid di semua sekolah. Sebagaimana ditetapkan, mata pelajaran teras pada peringkat sekolah rendah yang memerlukan bahasa pengantar ialah Matematik, Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam bagi murid Islam atau Pendidikan moral bagi murid bukan Islam.

Pada peringkat sekolah menengah, mata pelajaran teras yang memerlukan bahasa pengantar ialah Matematik, Sains dan Pendidikan Islam bagi murid Islam atau Pendidikan moral bagi murid yang tidak beragama Islam.

Berasas kepada kehendak Artikel 152(1),(6) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 17(1) Akta 550, adalah wajib bagi kesemua mata pelajaran teras yang tersebut diajar di semua sekolah menggunakan bahasa pengantar utama iaitu bahasa Melayu. Tetapi sebagaimana kita tahu sekarang mata pelajaran Matematik dan Sains adalah diajar dalam bahasa Inggeris.

Adalah jelas bahawa sudah ada pelanggaran undang-undang iaitu apabila seksyen 17 (1) Akta 550 tidak dipatuhi.

Mungkin ada pihak yang menghujah bahawa mata pelajaran teras yang disenaraikan dalam Jadual mengikut seksyen 18 Akta 550 itu bukanlah mata pelajaran yang memerlukan bahasa pengantar utama (Bahasa Melayu) pada keseluruhannya.

Pada mereka sebahagian besar daripada mata pelajaran teras sudah mencukupi, untuk mematuhi syarat, tetapi itupun sudah ada pelanggaran seksyen 17 (1) Akta 550 juga.

Ini kerana bagi kurikulum sekolah rendah, mata pelajaran yang memerlukan bahasa pengantar ialah dua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris dan dua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu.

Maknanya Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris manakala kajian tempatan dan pendidikan Islam dalam bahasa Melayu.

Ini adalah nyata bahawa tidak sebahagian besar dari mata pelajaran teras diajar dalam bahasa pengantar utama (Bahasa Melayu). Bagi sekolah menengah pula, dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris, dan satu mata pelajaran sahaja iaitu pendidikan Islam dalam bahasa Melayu. Ini adalah lebih jelas bahawa seksyen 17 (1) Akta 550 tidak dipatuhi dan adalah salah di sisi undang-undang.

Kesimpulannya kegunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains adalah tidak sah di sisi undang-undang dan perkara itu mesti diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan meja bulat PPSMI hari ini.



Manfaat PPSMI

Manfaat PPSMI mesti menyeluruh.(Petikan Dari Utusan Malaysia)
HARI ini(15 Dis. 2008) berlangsung persidangan terakhir meja bulat bagi mendapatkan maklum balas pelbagai pihak sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).



Selesai persidangan yang melibatkan 200 peserta pelbagai latar belakang itu, satu laporan akan dihantar ke Kementerian Pelajaran bagi membolehkan post-mortem secara menyeluruh dilaksanakan.

Harus diakui bahawa persidangan yang terakhir itu menjadi sandaran serta harapan pelbagai pihak yang tertunggu-tunggu di mana titik akhir PPSMI lantaran ia melibatkan generasi muda yang dijadikan bahan uji kaji kebolehlaksanaan dasar tersebut.

Semestinya juga keputusan sama ada PPSMI menjadi dasar atau sebaliknya tidak boleh dipandang ringan. Kaitannya dengan masa depan bidang pendidikan di negara ini amat jelas, dan kesilapan kecil boleh saja menjejaskan nasib rakyat terutama mereka yang tersisih daripada pelbagai kemudahan.

Kita tentu tidak mahu selepas dasar ini dipersetujui misalnya, langkah kebelakang terpaksa diambil semata-mata kerana keputusan peperiksaan untuk tahun-tahun seterusnya menyaksikan kemerosotan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli politik, pakar akademik, pertubuhan bukan kerajaan, tokoh pendidik yang hadir pada persidangan hari ini mengemukakan hujah masing-masing dengan berani dan tanpa berselindung.

Jika PPSMI diyakini berupaya meningkatkan kecekapan para pelajar menguasai kedua-dua mata pelajaran teras itu, maka bentangkan kewajarannya berserta alasan kukuh yang mampu mengikat hati ibu bapa.

Begitu juga jika dipercayai belum masanya untuk dasar PPSMI dilaksanakan, maka senaraikan sebab musababnya secara jelas supaya tiada penyesalan di kemudian hari kelak.

Pro dan kontra PPSMI mesti dikaji, diteliti dan diperinci kerana natijahnya amat besar - jika berjaya, akan berjaya sepenuhnya sebaliknya jika gagal akan melibatkan maruah bangsa dan negara.

Kesemuanya itu bertujuan memastikan matlamat kerajaan untuk melahirkan cerdik pandai sains dan matematik tidak bercanggah dengan hasrat memperkasakan bahasa kebangsaan.

Tidak dinafikan bahawa hasrat murni kerajaan melaksanakan PPSMI adalah untuk membolehkan rakyat Malaysia melengkapkan diri dengan ilmu yang diajar menggunakan bahasa Inggeris.

Namun persediaan tidak rapi termasuk masalah guru-guru tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkan tujuan murni kerajaan rosak dan hanya dimanfaatkan oleh murid-murid yang 'bertuah' sahaja.

Kita tidak mahu manfaat dasar PPSMI hanya melingkari pelajar-pelajar bandar manakala warga sekolah di pedalaman terutama Sabah dan Sarawak menggigit jari. Jalan paling baik ialah lengkapkan prasarana PPSMI supaya dasar tersebut dapat dimanfaatkan secara adil oleh semua penduduk di negara ini tanpa mengira di mana mereka berada.



Monday

MANSUH PPSMI????

Kementerian Pengajian Tinggi tidak berhasrat campur tangan urusan pemansuhan PPSMI
KOTA BAHARU: Kementerian Pengajian Tinggi tidak berhasrat untuk campur tangan urusan Kementerian Pelajaran dalam memansuhkan pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebaliknya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kementerian itu untuk memperhalusi sistem itu demi masa depan pendidikan negara.


Beliau berkata pihaknya tidak mahu mengganggu sebarang urusan dan perbincangan yang sedang dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menyelesaikan isu yang menimbulkan pelbagai reaksi termasuk bantahan daripada pelbagai pihak sejak sistem itu diperkenalkan.


"Kalau boleh jangan libatkan Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkara ini kerana berkenaan soal itu saya ingat biarlah Kementerian Pelajaran yang menentukannya.


"Sekarang pun, saya difahamkan Kementerian Pelajaran sedang menimbang dan menerima input di peringkat terakhir untuk menentukan hala tuju PPSMI, biarlah ianya diputuskan Kementerian Pelajaran terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Persidangan Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) peringkat pendidikan negeri Kelantan di sini hari ini. Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata, beliau tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris dijadikan modul utama bagi keduadua subjek berkenaan.


"Kita memang sedar bahawa penting untuk belajar menguasai Bahasa Inggeris dan kita juga ada beri kebenaran kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantara antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA)," katanya.


Kementerian Pelajaran sebelum ini memperkenalkan sistem PPSMI bertujuan untuk meningkatkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.


Bagaimanapun, pengenalan sistem itu mendapat reaksi pelbagai pihak, ada yang bersetuju dan tidak kurang yang menentang agar pelaksanaan sistem PPSMI itu dikaji semula.


Selain itu, beberapa pihak turut menyarankan sistem itu dimansuhkan berikutan ia dilihat tidak adil bagi pelajar sekolah di kawasan luar bandar.BERNAMA



Sunday

WASPADALAH

Yahudi promosi Islam


Media Arab meragui kejujuran profesor Israel

HAIFA: Ramai di kalangan pengguna internet yang mungkin tidak menyedari kewujudan satu laman web didakwa mengetengahkan kemurnian kitab suci-al-Quran, tetapi anehnya, dikendalikan oleh seorang profesor warga Israel dan anak muridnya.


Kehadiran laman web 'quranet.net' itu tidak disenangi media Arab yang menggesa umat Islam supaya berhati-hati dengan kandungannya biarpun ia mendakwa kewujudannya bagi mempromosi ajaran sebenar al-Quran sedangkan ia mungkin memenuhi kepentingan Israel.

Malah, sebaik seseorang membukanya, laman web berwarna hijau putih itu dengan gambar beberapa ahli akademik didakwa Muslim, diselang seli pula dengan foto Menteri Pendidikan Israel, Yuli Tamir.
Nama Profesor Yahudi terbabit, Ofer Grosbard, tertera di sudut kirinya, tetapi tanpa wajah dan butir peribadinya juga tidak disiarkan.

"Kami cuma mahu mengubah amalan umum supaya al-Quran menjadi satu bahan rujukan yang berguna kepada semua pihak dan supaya sesiapa pun boleh mendapatkan jawapan bagi permasalahan psikologi dan pendidikan moden, mengikut apa yang diajar al-Quran," kata Grosbard.

Beliau adalah Profesor Fakulti Pendidikan Arab, Universiti Haifa dan pandangannya itu dipetik stesen penyiaran Cable News Network (CNN).
"Quranet hanya mahu menunjukkan keindahan al-Quran. Tambahan lagi, ada 1.5 bilion orang Islam di seluruh dunia," kata Grosbard yang percaya mesej positif suci umat Islam itu dikaburkan golongan fundamentalis yang didakwanya mewajarkan keganasan.

Laman web itu menggunakan bahasa Inggeris biarpun diselang seli dengan bahasa Arab dan Hebrew. – Agensi

Saturday

JAMUAN ASRAMA 08

Jamuan Akhir Tahun Asrama ini diadakan bagi meraikan murid-murid yang akan meninggalkan asrama kerana tamat belajar di Tahun Enam. Majlis ini juga bersempena dengan hari jadi murid-murid dan juga meraikan murid-murid asrama yang berjaya mendapa 5A dalam UPSR yang baru diumumkan, sebahagian besar AJK Asrama yang menpunyai kelapangan turut hadir menyerikan majlis tersebut.



PENYAMPAIAN HADIAH





Friday

Sistem sekolah rendah dirombak

Oleh NOR ZAINAH NORDIN

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kementerian Pelajaran akan merombak pendidikan di peringkat sekolah rendah menjelang 2010 dengan mempertimbangkan kewajaran menjadikan sejarah sebagai salah satu mata pelajaran khusus.



Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu dilihat sejajar dengan usaha kerajaan menyemai dan mengukuhkan integrasi nasional di kalangan generasi muda.

Katanya, rombakan itu yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), akan diteliti secara holistik oleh pihak yang mempunyai kepakaran.

Beliau berkata, aspek penting lain yang perlu diberi penekanan ialah cara negara mencapai kemerdekaan dan gandingan rakyat pelbagai kaum dalam mengisi kemerdekaan.

‘‘Bagi mencapai hasrat ini, pembabitan agensi seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam usaha memperkasakan nilai murni dan semangat patriotisme amat penting dan kementerian akan memberi sokongan penuh.

‘‘Kita juga akan memperhebatkan usaha menyampaikan maklumat dan fakta sejarah yang betul kepada masyarakat. Sejarah tidak akan berubah dan tidak boleh dipolemikkan atau dipolitikkan kerana ia adalah fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Perjanjian Lama dan Dokumen Lama Malaysia (1791-1965) di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Buku tersebut yang diterbitkan oleh ITNM dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Buku itu yang menghimpunkan 26 perjanjian serta dokumen penting negara diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris adalah penerbitan pertama di Malaysia dan keempat seumpamanya di dunia.

Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyarankan supaya Sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah untuk memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah negara.

Menurut Abdullah, bagi tujuan itu juga, Kementerian Pelajaran perlu menjadikan pengajaran mata pelajaran Sejarah sebagai sebuah subjek yang menarik dan bukan dianggap oleh pelajar sesuatu yang membosankan.

Sementara itu, diminta mengulas pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Hishammuddin berkata, kementerian mengekalkannya kerana keputusan itu diambil demi masa depan negara.

Katanya, kementerian sentiasa mengambil berat setiap aduan berkenaan program itu dan mengadakan mesyuarat dengan semua pihak bagi mempertimbang perubahan selain mengkajinya secara terperinci.

‘‘Oleh itu, ugutan membuat demonstrasi terhadap isu itu adalah pelik. Terserah kepada mereka kerana kita menelitinya demi masa depan negara. Bersandarkan akal rasional dan matang kita mendapati ia mekanisme yang tepat,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, buku Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia memperlihatkan bagaimana Raja Melayu di Semenanjung suatu ketika dulu diperdaya untuk menyerahkan kuasa atau menerima masuk penasihat Inggeris ke negeri Melayu.

‘‘Buku ini turut memuatkan Ordinan Darurat dan Perjanjian Persekutuan pada 1948 sehingga Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965,” katanya.



MAJLIS AKHIR TAHUN 08


Jamuan Akhir Tahun kali ini diadakan di Hotel Grand Riverview.

AIDIL FITRI '08



Gambar-gambar sekitar sambutan Aidil Fitri. Maaf kerana lambat dipamerkan untuk warga SKBP dan tatapan umum. Talian SchoolNet selalu bermasalah... lembap + lambat. ternyata menyukarkan proses muat turun bahan. Ini pun buat kat rumah. Walau bagaimanapun harap 'enjoy' dengan seribu kenangan yang telah berlalu.

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA