MAKLUMAN / INFO SEMASA




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA 23 JULAI 2015 (KHAMIS). HARAP MAKLUM.

SATU TAKLIMAT BERKAITAN DENGAN TUGASAN SEMASA AKAN DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT PADA 09 0G0S 2015, JAM 1.20 pm, SEMUA GURU DAN KAKITANGAN DIJEMPUT HADIR. HARAP MAKLUM. .


KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SOKONGAN YANG BELUM MENCAPAI 5 HARI BERKURSUS SEHINGGA 12 OGOS 2015, SILA SEMPURNAKAN DATA KURSUS ANDA. SURAT TUNJUK SEBAB AKAN DIKELUARKAN OLEH JPN KEPADA MEREKA YANG GAGAL BERBUAT DEMIKIAN. HARAP MAKLUM.

30 July 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN DAN HARI RAYA







Pada 30 Julai 2013, Warga SKBP yang diketuai oleh Tuan Guru Besar (Tn. Hj. Abdull Aziz) bersama dengan Tuan Haji Saupi b. Majid (pegawai PPD Bachok) telah mengadakan lawatan bagi menyampaikan sumbangan kepada Puan Rohana binti Ishak yang menghidapi penyakit kanser hati. Beliau telah bercerai dan mempunyai 9 orang anak. Lima orang masih bersekolah, seorang bekerja bagi menanggung kehidupan mereka sekeluarga dan 3 lagi membantu mengurus Puan Rohana. Setakat ini beliau hanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 lebih dan bantuan orang-orang kampung. Sebelum ini beliau pernah mendapat rawatan di hospital kerajaan. 
Kepada orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan, anda boleh menyalurkan bantuan terus ke akaun AGRO beliau yang bernombor 2006631000256062 - ROHANA ISHAK

24 July 2013

TAHLIL DAN MAJLIS BERBUKA PUASA ASRAMA SKBP






Sempena dengan bulan Ramadhan, pengurusan asrama telah mengadakan majlis tahlil dan berbuka puasa. Majlis tahlil tersebut khususnya dibuat untuk arwah Cikgu Hashim yang juga bekas PK Hem sekolah ini. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh dua orang wakil PPD Bachok.
23 Julai 2013

MAJLIS MENGHANTAR MANTAN GB









Sebagai kenangan terakhir bersama mantan Guru Besar SK Beris Panchor, satu rombongan telah mengiringi beliau ke sekolah baru tempat beliau bertugas. Hampir empat puluh orang guru dan kakitangan telah mengikuti rombongan tersebut. Rombongan kami telah disambut dengan mesra oleh guru guru di SK Pengkalan Chepa. Terima kasih dari kami semua.

SELAMAT BERTUKAR - GB












Pada 23 Julai 2013 telah diadakan majlis meraikan pertukaran Cikgu Hamzah. ke SK Pengkalan Chepa. Beliau mula berkhidmat sebagai guru besar  di SK Beris Panchor pada 16 Februari 2005 hingga 1 Julai 2013.

TAKWIN SKBP

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA