MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Friday

BAYARAN TAMBAHAN TINGGI

Muhyiddin minta sekolah tidak kenakan bayaran tambahan tinggi
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan baru pada 2 dan 3 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selaras dengan pekeliling yang telah dikeluarkan Kementerian Pelajaran, bayaran itu hanya boleh dikenakan setelah mendapat persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta diluluskan oleh Jabatan Pelajaran negeri.

"Kita jangan bebankan ibu bapa dengan pembayaran yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada keluarga.

"Kalau pihak sekolah perlu mendapatkan sedikit sumbangan daripada ibu bapa untuk menambah baik lagi proses pembelajaran, maka ia hanya boleh dibuat menerusi mesyuarat PIBG dan mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran kita di peringkat negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya telah membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi sesi persekolahan 2011 yang akan bermula pada 2 Januari bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala negeri lain pada keesokan harinya.

Beliau berkata, takwim persekolahan 2011 juga memperuntukkan jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari dan cuti penggal selama 78 hari.

"Dijangka seramai 457,760 murid tahun satu dan 474,803 pelajar tingkatan satu akan memulakan sesi persekolahan mereka pada 2011," katanya.

Muhyiddin berkata, pihaknya sudah membekalkan 185,125 set kerusi meja di seluruh negara, termasuk sebanyak 6,012 set di Sabah yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan.

"Begitu juga bekalan buku teks. Sebanyak 15.6 juta naskhah buku bagi semua jenis sekolah turut dihantar," ujarnya.

Katanya, dianggarkan seramai 229,705 guru akan mengajar di sekolah rendah manakala sekolah menengah seramai 164,824 guru.

"Kekosongan 4,653 jawatan guru sekolah rendah dan 3,720 jawatan guru sekolah menengah akan diisi oleh guru sandaran dengan kadar segera," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, dua dasar baru akan dilaksanakan berkuat kuasa Januari ini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid tahap satu dan 'satu murid satu sukan.'


Sunday

SALAM AIDIL ADHA


KEPUTUSAN UPSR

Keputusan UPSR sudah diumumkan, namun warga SKBP bagai dirundung mendung kerana pencapaian yang diharapkan agak jauh lari dari sasaran. SKBP hanya berupaya melahirkan 7 bintang berbanding dengan 21 bintang pada tahun lepas. Namun begitu ini semua merupakan cabaran kepada seluruh warga SKBP untuk terus bangkit berjuang demi anak bangsa.

Friday

LAWATAN PANITIA




Pada 11 November 2010 satu lawatan ke sekitar beberapa buah daerah di negeri Kelantan telah diadakan.

Bintang Kecil

Pada 10 November 2010, satu pertandingan bintang kecil telah diadakan bagi mengisi ruang masa selepas peperiksaan akhir tahun. Majlis ini turut mengundang guru dari SK Badak sebagai hakim jemputan.

Tuesday

Jamuan Tahun 4




Jamuan kelas sudah bermula... hari ini tahun 4 memulakan majlis..Tahniah

MAJLIS GRADUASI PRA 2010

Majlis ini telah diadakan pada 09 November 2010 yang turut dihadiri oleh para ibu bapa. Sijil telah di sampaikan oleh Puan Rohani bt Abdullah selaku PK Pentadbiran SKBP.

Monday

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010

Bahagian pendaftaran ambil peluang bergambar...
Bahagian persiapan cenderahati..
Cikgu Hashim selaku mantan Kelab Guru yang telah berpindah ke SK Badak menerima cenderahati tanda kenangan dari Guru Besar.

Jamuan Akhir tahun warga SKBP telah diadakan di Restoran Syam bermula pada pukul 8.00 dan berakhir kira-kira jam 11 malam.

PERKHEMAHAN TAHUNAN 2010











Sekitar aktiviti perkhemahan yang di adakan di Gelora Beach Resort pada 3 - 5 november 2010.
Gambar selebihnya akan dipaparkan dalam Facebook SKBPANCHOR.

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA