MAKLUMAN / INFO SEMASA




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA 23 JULAI 2015 (KHAMIS). HARAP MAKLUM.

SATU TAKLIMAT BERKAITAN DENGAN TUGASAN SEMASA AKAN DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT PADA 09 0G0S 2015, JAM 1.20 pm, SEMUA GURU DAN KAKITANGAN DIJEMPUT HADIR. HARAP MAKLUM. .


KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SOKONGAN YANG BELUM MENCAPAI 5 HARI BERKURSUS SEHINGGA 12 OGOS 2015, SILA SEMPURNAKAN DATA KURSUS ANDA. SURAT TUNJUK SEBAB AKAN DIKELUARKAN OLEH JPN KEPADA MEREKA YANG GAGAL BERBUAT DEMIKIAN. HARAP MAKLUM.

25 July 2009

Anda Tahu Istilah MBMMBI???

Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR: Pendapat bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini boleh menentukan jatuh bangun negara di masa akan datang, bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

Ini kerana bahasa Inggeris menjadi lingua franca dalam aktiviti ekonomi global, yang akan menentukan kelangsungan negara ini di pentas dunia.

Ramai yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris (BI) perlu dikuasai rakyat untuk membolehkan negara ini terus maju dan keputusan kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membimbangkan beberapa pihak dan dianggap satu langkah ke belakang.

"Kenapa perlu dimansuhkan PPSMI. Macam mana anak kita nak bersaing dengan dunia luar," rintih seorang ibu ketika memberi reaksi kepada keputusan kerajaan itu awal bulan ini.

Kabinet memutuskan memansuhkan PPSMI pada 2012 setelah mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu.

Secara tidak langsung, PPSMI juga dikatakan menghakis kedudukan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan, yang menjadi bahasa pengantar persekolahan sejak awal 1970-an.

Lantaran itu, timbul polemik sama ada keputusan kerajaan itu bermakna usaha untuk meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar sudah diketepikan atau isu PPSMI tidak dilihat secara holistik?

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kebimbangan ibu bapa berlaku kerana mereka keliru dengan pemansuhan PPSMI yang hanya menekankan kepada dua subjek, tetapi dasar itu sebenarnya akan diganti dengan dasar yang lebih baik.

"Matlamat asal penguasaan BI dikekalkan, malah ia ditambah baik dengan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan," katanya di sini.

PPSMI sebenarnya diganti dengan dasar "Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" atau MBMMBI yang disifatkan sebagai strategi pendidikan serampang dua mata.

Melalui dasar baru itu, penekanan terus diberikan kepada subjek BI dan bukannya melalui subjek Sains dan Matematik, bagi meningkatkan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar.

Alimuddin berkata antara strategi memperkukuh penguasaan BI itu ialah dengan menambah masa pengajian subjek BI, memperbanyakkan bahan bacaan dalam BI di sekolah, menambah guru terlatih dan memperkemaskan kaedah P&P subjek berkenaan.

Sebagai contoh, masa pengajian BI bagi Tingkatan Satu hingga Tiga yang kini 200 minit seminggu akan dinaikkan kepada 280 minit menjelang pelaksanaan MBMMBI pada 2012.

Strategi sama turut dilakukan kepada subjek BM dilihat akan menutup "kepincangan" PPSMI yang sebelum ini tidak memberikan penekanan kepada bahasa kebangsaan itu, menyebabkan ia ditentang pejuang bahasa.

Prof Diraja Ungku Aziz pernah menyifatkan PPSMI sebagai "satu kesilapan", yang bukan sahaja menjejaskan pencapaian pelajar di luar bandar, terutama pelajar Melayu, tetapi mengikis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Ungku Aziz juga menolak andaian BM tidak setanding BI sebagai bahasa ilmu.

Alimuddin menegaskan bahawa pertimbangan kerajaan memansuhkan PPSMI bertujuan menambah baik dasar pendidikan sedia ada untuk kepentingan semua pihak.

"Ia bukan soal kaum tapi lokaliti. Kita tak mahu anak luar bandar tertinggal dalam arus pendidikan negara. Pertimbangan kita dalam perkara ini adalah untuk semua," katanya.

Sekalipun PPSMI dilihat mempunyai beberapa kelemahan, beberapa pihak mengakui dasar yang dicetuskan dan dilaksanakan pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukanlah suatu dasar yang tidak baik.

"Apa dilakukan adalah untuk membiasakan pelajar menguasai ilmu khususnya Sains dan Matematik dalam bahasa ilmu itu berkembang, khususnya pada masa kini," kata pejuang bahasa Prof Madya Dr Lim Swee Tin, dari Universiti Putra Malaysia, yang pernah menjadi guru Matematik dan Bahasa Melayu selama lebih 28 tahun.

Bersetuju dengan strategi penekanan kepada kaedah P&P subjek BI, Lim turut mencadangkan supaya istilah Sains dan Matematik dalam BI yang dialih bahasa dikekalkan.

"Ini bagi membolehkan istilah itu difahami bukan sahaja dalam lingkungan kita tetapi di peringkat antarabangsa," katanya sambil memberikan contoh "photosintesis" yang dikekalkan sebagai "fotosintesis" dalam BM.

Dilaksanakan pada 2003, PPSMI bertujuan meningkatkan penguasaan BI pelajar dengan hujah kebanyakan terma dan istilah dalam dua disiplin ilmu itu adalah dalam BI, membolehkan penguasaan ilmu itu dikatakan menjadi lebih mudah.

Namun selepas enam tahun pelaksanaannya, kerajaan membuat keputusan memansuhkan PPSMI selepas kajian menunjukkan PPSMI mengalami kegagalan dalam pelaksanaannya, melebarkan jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dan secara tidak langsung menghakis kedudukan BM.

Pada 8 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 dan dua subjek itu akan diajar menggunakan bahasa Melayu selain bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan.

Kabinet juga meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Antara sebab menyumbang kepada kegagalan PPSMI kerana guru di luar bandar tidak menggunakan PPSMI sepenuhnya, sebaliknya menggunakan dwibahasa ketika mengajar kerana kompetensi guru dan pelajar yang lemah dalam BI.

Bagi mengatasi kelemahan itu melalui MBMMBI, kerajaan akan menambah guru terlatih termasuk 1,000 guru penutur asli yang diimport dari negara luar di mana bahasa Inggeris adalah bahasa asalnya.

Tumpuan akan diberikan kepada kawasan luar bandar di mana peratusan kelulusan dalam BI adalah rendah. Pada masa yang sama penekanan kepada BM akan diteruskan.

Apa yang pasti ialah usaha Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris bukanlah kisah "antara dua darjat" kerana kedua-dua bahasa itu sama penting dalam mencorak generasi akan datang mengikut acuan Malaysia.

Mana-mana pihak termasuk ibu bapa tidak perlu bimbang kerana akhirnya matlamat asal penguasaan BI itu tetap kekal malah dimantapkan lagi, selain jati diri bahasa kebangsaan tidak diabaikan.

Sepertimana kata Ungku Aziz kepada Bernama sebelum ini: "Untuk negara kita maju, kita perlu belajar bahasa lain seperti bahasa Inggeris, tapi untuk negara kita kuat dan kukuh, kita perlu satu bahasa perpaduan iaitu bahasa Melayu". -
Bernama

20 July 2009

GURU BERKUALITI KE LUAR BANDAR

Muhyiddin: Beri keutamaan lahir guru berkualiti untuk ditempatkan di luar bandar .

SEPANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penekanan atau keutamaan diberikan dalam melahirkan guru yang berkualiti dan mencukupi untuk ditempatkan terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran mencadangkan perkara itu sebagai penambahbaikan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global, keperluan semasa, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta merealisasikan apa yang digariskan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pelajaran.

Sehubungan itu, katanya, satu dasar penempatan guru yang responsif kepada keperluan rakyat perlu disediakan.

"Selain guru, kualiti pemimpin sekolah juga perlu dimantapkan. Sudah tiba masanya, pemilihan para pemimpin sekolah dilakukan bukan sahaja berdasarkan kekananan, tetapi juga melalui proses yang lebih telus dan memilih yang terbaik, berbakat dan mempunyai kualiti kepimpinan yang dinamik," katanya ketika merasmikan Persidangan Kajian Semula PIPP di sini hari ini.

Beliau berkata pemimpin sekolah perlu seorang yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi, cemerlang, komited, di samping berupaya meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat menterjemahkan dasar pendidikan dalam tugas seharian dan seterusnya mampu memberikan didikan yang terbaik kepada murid.

Sebagai penambahbaikan kepada PIPP, Muhyiddin turut mencadangkan agar usaha diteruskan dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan, produktif, kreatif dan inovatif.

Katanya tumpuan utama perlu diberikan kepada usaha melahirkan pelajar yang holistik serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, katanya secara keseluruhan, hampir 300 pelan tindakan dalam kesemua teras PIPP telah berjaya mencapai 80 hingga 100 peratus sasaran pelaksanaannya.

"Untuk pelan tindakan yang masih belum mencapai sasaran, saya berharap agar setiap bahagian yang terlibat mengenalpasti segala cabaran dan kekangan serta mengambil langkah proaktif bagi memastikan keseluruhan matlamat PIPP dapat dicapai," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata walaupun penyertaan pada pendidikan rendah adalah tinggi, terdapat lebih 125,000 kanak-kanak di negara ini yang telah mencapai umur persekolahan peringkat rendah masih tidak mengikuti alam persekolahan.

Beliau berkata kebanyakan kanak-kanak itu adalah mereka yang tinggal di kawasan pendalaman dan terpencil.

Sehubungan itu, katanya, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan bagi memastikan semua murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mendapat akses kepada pendidikan.

Muhyiddin turut mencadangkan agar pembangunan infrastruktur diteruskan memandangkan masih terdapat sekolah-sekolah yang daif dan usang, tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih serta perlu dinaiktaraf terutama di kawasan pedalaman.

Beliau juga mencadangkan perpaduan dalam kalangan murid dan warga pendidik perlu dipupuk dengan mewujudkan Kem 1Malaysia pada setiap tahun.

"Dalam kem ini, harapan saya agar lapan nilai konsep 1Malaysia akan dapat disemai dan ditanam kepada semua peserta dan seterusnya dapat mencapai matlamat gagasan 1Malaysia dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya.
BERNAMA




19 July 2009

UPSR Mansuh???

Cadangan mansuh UPSR

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
muzdalifah.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Julai – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu dimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran.

Sebaliknya, UPSR menjadi medium persaingan murid-murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh dengan hanya menumpukan kepada lima mata pelajaran.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mencadangkan supaya UPSR yang tidak lagi relevan pada masa ini dimansuhkan.

“Sepatutnya murid-murid menumpukan kepada semua mata pelajaran termasuk Sejarah yang dianggap penting pada masa kini.

“Sebaliknya UPSR hanya menumpukan pada mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Pemuda UMNO Bahagian Cheras 2009 di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Razali berkata, cadangan pemansuhan itu berikutan kebimbangannya berikutan isu generasi muda yang kurang pengetahuan dalam sejarah dan agama.

“Lihat saja dalam isu Chin Peng. Ramai generasi muda tidak faham mengenainya. Kita tidak mahu mereka membuat kesilapan dalam hidup mereka sekali gus kepada negara,” katanya.

Ditanya sama ada UPSR perlu digantikan dengan peperiksaan lain, katanya, beliau yakin Kementerian Pelajaran akan menentukan kaedah yang terbaik.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, kerajaan sepatutnya mengalihkan tumpuan murid-murid daripada terlalu mengejar tempat di sekolah berasrama penuh kepada mempelajari dan menguasai kesemua mata pelajaran.

Katanya, tidak semestinya sekolah berasrama penuh boleh melahirkan pelajar terbaik sebaliknya terdapat banyak sekolah biasa yang telah terbukti mampu mencatat pencapaian lebih cemerlang.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memilih pelajar terbaik dari setiap sekolah di seluruh negara untuk memasuki asrama penuh kerana kaedah itu lebih adil.

17 July 2009

Kem Kecemerlangan UPSR Zonpen 1

SELAMAT DATANG KE KEM KECERMELANGAN UPSR
PERINGKAT ZON PENDIDIKAN 1
BERTEMPAT DI SK BERIS PANCHOR
PADA 16 HINGGA 18 JULAI 2009

Sebanyak 8 buah sekolah dalam zonpen 1 yang terlibat dan membabitkan 185 peserta kursus.Majlis bermula seawal pukul 2.00 petang Khamis (16 JULAI)untuk pendaftaran dan dijangka tamat pada pukul 3.00 petang Sabtu. Sekolah dalam zonpen 1 ialah SK Beris Panchor, SK Pauh Sembilan, SK Pengkalan Chengal SK Pa' Pura, SK Tawang, SK Tanjung Jenera, SK Beris Kubor Besar dan SK Pantai Senak.

13 July 2009

Penyampaian KWAPM '09



Penyampaian KWAPM pada tahun ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Zain b. Yassim. Turut hadir dalam majlis kali ini ialah YDP PIBG SK Beris Panchor. Seramai 501 ibu bapa hadir dalam majlis penyampaian kali ini. Majlis bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang.




11 July 2009

LDP Kali Ke 3



LDP Kali Ke 3 telah diadakan pada 11 Julai 2009 iaitu pada hari ini ekoran penangguhan yang telah dibuat sebelum ini. Slot Pertama yang bertajuk Pengurusan Data disampaikan oleh saya sendiri selaku penyelaras LDP dan Penyelaras Bestari SKBP. Slot Kedua yang sepatutnya disampaikan oleh penceramah jemputan terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan lagi. Slot tersebut telah digantikan dengan tajuk Penyelenggaraan Komputer (Asas) dan disampaikan oleh Cikgu Khaziman.
Berita lanjut akan dimuatkan dalam BLOG LDP SKBP

10 July 2009

GARA-GARA PPSMI DIMANSUHKAN

Waktu sekolah kekal
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Mohd Hamizar Hamid
bhnews@bharian.com.my
Masa subjek lain dipendekkan untuk mantap Bahasa Inggeris

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam menjelaskan waktu persekolahan tidak akan dipanjangkan walaupun masa pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris (BI) ditambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sebaliknya berkata masa pembelajaran sesetengah subjek akan dipendekkan dalam pelaksanaan strategi baru untuk memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) dan memantapkan BI.

Masa subjek lain dipendekkan untuk mantap Bahasa Inggeris

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam menjelaskan waktu persekolahan tidak akan dipanjangkan walaupun masa pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris (BI) ditambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sebaliknya berkata masa pembelajaran sesetengah subjek akan dipendekkan dalam pelaksanaan strategi baru untuk memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) dan memantapkan BI.

09 July 2009

BAHASA INGGERIS DIMANTAP DENGAN 12 CARA

12 langkah mantapkan bahasa Inggeris
PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

12 langkah mantapkan bahasa Inggeris
PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Petikan Utusan Online

08 July 2009

LAGI TENTANG PEMANSUHAN PPSMI

PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012
PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan tersebut akan mula dikuat kuasa pada 2012.

"Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula tahun 2012.

"Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pelajaran hari ini.

Jelas Muhyiddin, Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Katanya, strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.

"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, kerajaan memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan dengan memperkenalkan beberapa langkah antaranya seperti berikut:

- Menambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933. Jumlah itu termasuk 1,000 orang guru luar negara, 6,000 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi sekolah kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu. Manakala bagi Tahap II ditambah sebanayk 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJK Cina dan Tamil Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam seminggu.

Tambah Muhyiddin, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

"Selain itu hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi," katanya.

Menurut beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya
.

Petikan Mstar Online

PPSMI Mansuh

Sains dan Matematik dalam BM dan bahasa ibunda 2012: Muhyiddin
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.




06 July 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 KALI KE 3


Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 kali ke 3 diadakan

pada hari ini (6 Julai 2009). Perjumpaan kali ini lebih mengfokuskan kepada program kecermelangan UPSR. Murid-murid akan dijadikan anak angkat sepenuh masa oleh pihak sekolah. Murid-murid akan dijaga oleh pihak sekolah bermula dari mereka datang seawal jam 7 pagi hingga ke pukul 10.30 malam.Dalam tempoh tersebut pelbagai aktiviti disediakan kepada murid bagi memenuhi masa mereka.Ibu bapa telah memberi persetujuan penuh akan perlaksanaan program ini.
Perjumpaan kali ini juga telah memberi ruang sepenuhnya kepada ibu bapa untuk berbincang dan bertanyakan perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Mereka telah dijemput kebilik darjah untuk bertemu guru mata pelajaran masing-masing. Majlis bersurai pada pukul 10.30 pagi.



TAKWIN SKBP

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA