Pada 21 April - Program Transformasi Pendidikan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Beris Panchor. Majlis tersebuat bertujuan menjelaskan dengan lebih terperinci lagi mengenai perubahan-perubahan dan dasar pendidikan negara. Tuan PPD mengharapkan taklimat dan penjelasan dalam program ini dapat membantu cikgu-cikgu dalam memahami dan memberi penerangan kepada komuniti setempat dengan lebih jelas lagi..
MAKLUMAN / INFO SEMASA
Monday
PELANCARAN 'SIFAR PONTENG' 2013
Pada 21 April, Satu pelancaran majlis SIFAR PONTENG telah diadakan. Program ini diadakan bagi membendung gejala ponteng di dalam kalangan murid-murid. Dalam majlis itu juga ketua-ketua murid telah diberikan tali leher sebagai simbol menjalankan tanggung jawab dengan lebih dedikasi.
Sunday
PERJUMPAAN RINGKAS DENGAN TN. HJ. ZAHARI
Pada 10 April 2013 juga telah diadakan satu perjumpaan ringkas antara guru-guru SKBP dengan Timbalan Pengarah. Dalam perjumpaan tersebut, banyak tip dan saranan yang diberikan oleh Tuan Haji Zahari bagi meningkatkan pencapaian murid-murid. Guru-guru juga disaran supaya berfikir, bertindak lebih jauh dan tidak hanya berpuas hati setakat pencapaian yang ada.
Penyampaian Sumbangan Badan Ihsan
Pada 10 April 2013 satu majlis ringkas telah diadakan bagi tujuan penyampaian sumbangan Badan Ihsan kepada balu Allahyarham Cikgu Ibrahim Samat. Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengarah JPN Kelantan, Tuan Haji Zahari b. Daud.
Thursday
Pertukaran PK Hem _ Cikgu Pauzi dan Cikgu Hashim
Subscribe to:
Posts (Atom)