MAKLUMAN / INFO SEMASA




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA 23 JULAI 2015 (KHAMIS). HARAP MAKLUM.

SATU TAKLIMAT BERKAITAN DENGAN TUGASAN SEMASA AKAN DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT PADA 09 0G0S 2015, JAM 1.20 pm, SEMUA GURU DAN KAKITANGAN DIJEMPUT HADIR. HARAP MAKLUM. .


KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SOKONGAN YANG BELUM MENCAPAI 5 HARI BERKURSUS SEHINGGA 12 OGOS 2015, SILA SEMPURNAKAN DATA KURSUS ANDA. SURAT TUNJUK SEBAB AKAN DIKELUARKAN OLEH JPN KEPADA MEREKA YANG GAGAL BERBUAT DEMIKIAN. HARAP MAKLUM.

27 February 2009

GELORA PPSMI

GELOMBANG penolakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semakin hangat dirasai dengan kehadiran beberapa kelompok pejuang bahasa Melayu yang menyatakan pendirian mereka secara terbuka berhubung perkara ini.

Lebih menyentap hati senario terkini penolakan PPSMI ialah kehadiran kalangan veteran pejuang bahasa Melayu termasuk mereka yang pernah menerajui badan bertanggungjawab memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),


Pembabitan tokoh seperti Datuk Dr Hassan Ahmad dalam Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan kenyataan berulang kali Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, dengan hujah menolak andaian PPSMI meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, perlu direnung sedalam-dalamnya.


Hendaknya kesediaan GMP menyerahkan kajian pasukan penyelidik 50 pensyarah dari tujuh universiti di bawah seliaan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) dilihat Kementerian Pelajaran sebagai usaha jujur mereka menolak dengan hujah berdasarkan fakta.

Kajian Pembina yang membabitkan pelajar Tingkatan Empat di 70 sekolah menengah dan murid Tahun Lima di 90 sekolah rendah dengan rumusan PPSMI gagal memberi manfaat khususnya kepada pelajar luar bandar semua bangsa, perlu diberi perhatian.

Tindakan GMP dengan keanggotaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik dan keengganan mereka diperalatkan mana-mana parti politik serta kesediaan bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan kemelut ini, perlu dinilai dengan sejujur-jujurnya.

Jika masih ada pihak berasa pejuang bahasa Melayu terlalu taksub dengan perjuangan mereka, tidak dapatkah kelompok yang melemparkan tuduhan ini melihat kewarasan lontaran pandangan tokoh intelektual disegani, Ungku Aziz .

Tentu sebagai mantan Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, pusat pengajian tinggi tertua di Malaysia, beliau tidak beromong kosong dan meskipun Ungku Aziz bergerak bersendirian dalam perkara ini, kenyataannya berhubung ketidakwajaran meneruskan PPSMI, tidak pernah berubah.

Mengapa tidak pengakuan berhubung kejayaan Universiti Malaya melahirkan pakar bidang di kalangan pelajar Melayu yang pernah mengikuti kursus di Pusat Asasi Sains yang mengajar Sains dan Matematik sepenuhnya dalam bahasa Melayu bermula 1974, dilihat dengan jernih hati.

Suatu yang pasti, tiada walau sekelumit niat di kalangan pejuang bahasa Melayu yang menolak PPSMI untuk menidakkan wibawa Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein dan seperti diakuinya sendiri, dasar berkenaan berkuat kuasa sebelum beliau menyandang ‘kerusi’ sekarang.

Dasar berkenaan dikuatkuasakan ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, menerajui pemerintahan negara dan corak kepimpinan pada dekad terbabit menyaksikan tiada seorang pun menteri Kabinet tanpa mengira bangsa, berani mengemukakan pandangan berbeza.

Malah, ketika Wacana Kembara Bahasa 2005 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Unit Sastera, Berita Harian, di Kuantan, Pahang, pada 10 hingga 12 September 2005, panel yang bersuara mengenai perkara ini dinasihatkan melupakan ‘topik’ terbabit.

Sebagai pengamal media di akhbar Melayu, penulis tidak mahu melihat bahasa Melayu ditalkinkan hanya kerana dasar terdahulu yang silap, tetapi diteruskan juga kerana termakan momokan bahawa rakyat Malaysia tidak mampu maju, jika tidak fasih berbahasa Inggeris.

Kebimbangan ini bukan kerana tempoh perkhidmatan yang berbaki tidak sampai tiga suku dekad,

tetapi berpunca daripada keengganan melihat industri buku, majalah, komik dan akhbar negara ini, antara teras ekonomi utama yang dikuasai bangsa Melayu di Malaysia, berkubur!

Pasti sedih melihat bahasa Melayu dihumban dan dibunuh bangsanya sendiri selepas diangkat sebagai bahasa rasmi negara serta dipilih sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan negara sejak merdeka 52 tahun lalu, menerusi Perlembagaan Negara, oleh pemimpin terdahulu.

Hendaknya Kementerian Pelajaran terbuka akal budinya untuk menilai segala protes terhadap PPSMI dan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu mereka, gah pada nama, tetapi dari segi pencapaian, nol.

Tentu rakyat Malaysia lebih rela dikaitkan dengan negara seperti Korea, China, Jepun dan Perancis, meskipun penguasaan bahasa Inggeris rakyatnya tidak sebaik mana, tetapi ternyata mereka mampu gah sebagai pencipta sehingga mampu melebarkan sayap ekonominya ke negara orang; segala-galanya kerana dada diterangi ilmu dalam bahasa ibunda sendiri!.

Sumber: Berita Harian 19 Februari 2009

16 February 2009

SI CILIK JAGOAN

* Adik Haikal menerima medal dan sijil daripada PK Ko Pn. Hajah Normadiah. Manakala Adik Nurain menerima medal dan sijil daripada PK Pentadbiran Pn. Hajah Rohani bt. Abdullah.

Adik Haikal b. Nazeri, 7 tahun, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Beris Panchor bersama kakaknya Nurain bt. Nazeri murid Tahun 5 telah mencatat kenangan manis apabila bergelar Johan dan Naib Johan dalam Kejohanan Badminton Terbuka MSSK yang telah diadakan pada 9, 10 dan 11 Februari 2009 yang lepas.
Lebih menbanggakan lagi apabila Adik Haikal yang ketinggian hampir sama dengan raket yang dipegangnya dapat mengalahkan murid yang jauh lebih tinggi daripadanya.
Adik Haikal muncul Naib Juara dalam acara perseorangan dan beregu. Manakala Adik Nurain muncul dalam acara perseorangan dan beregu. Warga SKBP mengucapkan tahniah kepada pasangan adik beradik ini.

15 February 2009

PERLANTIKAN PENGAWAS

*Album Sepenuhnya Akan Dimuat Turun Dalam Blog Bergambar SKBP Sedikit Masa Lagi.Buat sementara waktu boleh dilayari melalui album 2009 di bahagian atas blog ini.

15 FEBRUARI 2009-AHAD, Majlis Perlantikan Watikah Pengawas pada tahun ini telah disempurnakan oleh Yang Setia Ketua Polis Daerah Bachok iaitu Sarjan Che Musa@Rosdi. Beliau turut ditemani Koperal Abu Seman b. Hj. Yahya bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan pesanan dan nasihat kepada murid-murid semua. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih diatas kesudian beliau meluangkan masa bagi menjayakan Majlis Pelantikan Watikah Pengawas.

10 February 2009

Apa Kesudahan PPSMI ???

Kementerian Pelajaran didakwa tidak dedah kemerosotan Metematik dan Inggeris
09 Feb 2009 4:51PM
Kuala Lumpur: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran tidak mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains.


Setiausaha Agung PKPIM Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) itu juga mendapati majoriti negara yang menduduki tangga teratas dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.

"Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia turut menggambarkan betapa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah merudumkan prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains," katanya dalam satu kenyataan di sini.

TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik dan Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998 hingga 2000, 2001 hingga 2004 dan 2005 hingga 2008.

Seramai 4,466 pelajar Tingkatan Dua, 150 guru Matematik dan 150 guru Sains yang mengajar pelajar Tingkatan Dua daripada 150 sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian itu.

"Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan Dua yang menjadi responden kajian ini adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program PPSMI, jadi dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI," kata Khairul Anwar.

Beliau berkata kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46 buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 kepada tempat yang ke-20.

"Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah merosot sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003.

"Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan perbezaanya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517) dan Rusia (512)," katanya.

Katanya kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 (TIMSS 2003) kepada tempat ke-21 pada TIMSS 2007.

"Skor purata Malaysia (Sains) juga telah merosot sebanyak 29 kepada 471 (TIMSS 2007) berbanding Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Australia (515) dan Sweden (511)," katanya.

Khairul Anwar juga mengulangi pendirian PKPIM yang menolak dan membantah pelaksanaan PPSMI./Bernama


06 February 2009

MOTIVASI TAHUN 6




3 Februari 09 - Motivasi Kali Pertama untuk 2009 telah diadakan buat murid-murid Tahun 6 bagi peresediaan awal menghadapi UPSR. Motivasi tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan.

04 February 2009

MAJLIS PERPISAHAN


....... .......
Kelihatan dalam gambar- Ustaz Yusri, En Aminuddin dan En. Saffri (PK Ko) sedang menerima cenderahati kenang-kenangan daripada Tn. Hj. Aziz (PK HEM).

Pada 31 Jan 09-Satu Majlis Perpisahan

telah diadakan dengan tiga orang guru yang telah bertukar di Sri Cheingmai, Kota Bharu. Majlis tersebut sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat guru yang pernah bertugas di SKBP, Jasa mereka amat besar buat sekolah ini. Kesemua guru yang diraikan hadir pada malam itu. Majlis berakhir pada pukul 10 malam.

TAKWIN SKBP

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA