MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Saturday

VIDEO YOUTUBE SEBAGAI BBM


LDP Kali ke Lima telah diadakan pada hari ini 24 Oktober 2009 setelah beberapa kali tertangguh. Tajuk LDP pada kali ini ialah Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Berbantukan Internet yang telah disampaikan oleh Penyelaras Bestari SK Beris Panchor sendiri. Guru-guru diajar bagaimana cara mengambil bahan dari laman Youtube untuk dijadikan BBM. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menyunting video dari laman Youtube, cuma kali ini guru-guru didedahkan dengan program paling senang iaitu melalui laman pHp. Hasil daripada himpunan bahan ini akan dimuatkan kedalam CD bagi tujuan PnP. Rumusan daripada kursus ini, kebanyakan guru begitu berminat.

Thursday

SATU ALIRAN SATU MALAYSIA

PROF KHOO KAY KIM kata hanya sekolah satu aliran boleh capai matlamat 1Malaysia
BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.



Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.

"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.

Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.

Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.

"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya. pETIKAN MsTAR oNLINE.

Monday

ASRAMA TERBUKA, PENUTUP SYAWAL





Pada hari ini, bersamaan 30 Syawal, Jawatankuasa Asrama SKBP telah mengadakan Asrama Terbuka sempena sambutan Aidil Fitri 2009. Majlis kali ini lebih bererti lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai PPD Tuan Haji Aziz dan juga sebahaian besar para penolong PPD. Majlis serba ringkas yang bermula pada pukul 12.oo tengahari tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Guru Besar dan seterusnya ucapan amanah daripada Tuan PPD kepada penghuni asrama yang lengkap berpakaian raya.
Jawatankuasa Asrama merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pekerja yang telah menyerikan majlis kali ini.





Sunday

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009



Lata Mengaji, Selising-Alhamdulillah Perkhemahan Unit Beruniform 2009 pada 15 hingga 17 Oktober 2009 berlangsung dengan jayanya. Perkhemahan kali ini yang turut mengundang jurulatih luar iaitu En. Yusran Yaacob dari SMK Bachok dan En. Zulkifli Rahim dari SMK Perempuan Pasir Mas. Buat julung kali juga, perkhemahan kali ini mengetengahkan aktiviti-aktiviti lasak yang mencabar daya tahan murid-murid seperti Jungle Tracking dan Water Confident. Kebimbangan akan keadaan cuaca semasa, sedikit pun tidak melunturkan semangat guru-guru dan kem komandan. Ribuan terima kasih buat semua guru yang datang memberi sokongan, pasangan penender kantin yang sukarela menyediakan masakan untuk peserta dan beberapa orang isteri kepada pasangan guru SKBP yang turut serta menolong menyediakan makanan kepada para peserta.



Saturday

Cikgu & PPD Bachok Beraya Sakan

Pada 10 Oktober 2009, PPD Bachok telah mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri yang mana telah dirasmikan oleh Dato' Dr Awang Adek b. Hussien. Majlis turut diserikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan para pegawai serta Tuan PPD Bachok dan para pegawai yang lain. Majlis yang mensasarkan kehadiran 5000 orang pengunjung itu turut mendapat liputan dari media elektronik dan media cetak utama negara.

Tuesday

Kesian Kat Cikgu-Cikgu

Lewat tempatkan guru, NUTP minta penjelasan kerajaan
Oleh; Abdul Rahim Sabri / Petikan dari: Malaysiakini
Okt 6, 09
12:04pm

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.

Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Beliau dipetik berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.

Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kenyataan itu harus diterima semua pihak, terutama pihak pelajar kerana ia "bukan sahaja melibatkan UPSI, malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan".

Ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kita tidak bersetuju bahawa kerana masalah kewangan, guru-guru dan pendidik bakal menerima kesan dan nasib seperti ini," kata Hashim.

Menurutnya, kekurangan kewangan bukan alasan untuk mengetepikan hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

"Kita kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kerajaan kena fikir jalan yang terbaik untuk mencari duit," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk mengatasi isu yang berbangkit itu.

Menurut Hashim, terdapat kira-kira 380,000 guru di Malaysia dan menegaskan bahawa kekurangan guru adalah "masalah yang berterusan", termasuk guru yang bersara atau sakit.

"Ia mesti digantikan dengan guru-guru baru," katanya.


Thursday

Beraya Lagi

Majlis sambutan hari raya ini hanya melibatkan para guru dan pekerja sahaja. Ianya dianjurkan oleh Kedai Sekolah dan guru-guru yan mendapat APC. Majlis ini juga turut diserikan oleh 3 orang Pegawai PPD yang kebetulan datang membuat Pemantauan Anugerah Gemilang.

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA