MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Sunday

BOLA TAMPAR DALAM ZON

Pada hari ini 27 Februari 2011, SKBP telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun Zon 1. Keputusan perlawanan :
Johan Lelaki - SK Tawang, Naib Johan Lelaki SK Pantai Senok.
Johan Perempuan - SK Beris Panchor Naib Johan Perempuan - SK Pantai Senok



Saturday

SALAM TAKZIAH


Pada Pagi Jumaat 25 Februari 2011, warga SKBP telah kehilangan seorang kakitangan iaitu Cikgu Hamid. Allahyarham menghembuskan nafas pada 12.30 am. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat....

AL FATIHAH

Thursday

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul..



Friday

924 guru besar terima insentif RM7,500

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 10 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi tawaran baru (bai'ah) itu, pihak kementerian mendapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan adalah di luar jangkaan.

Katanya, sasaran yang diletakkan ialah dua peratus tetapi melepasi 12.1 peratus, iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal.

Menurut beliau, tawaran baru yang diumumkan telah memberi suntikan semangat dan dorongan kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi sekolah masing-masing, buktinya setahun selepas tawaran dibuat, jumlah yang berjaya amat luar biasa.

''Sebagai tanda penghargaan, guru-guru yang bersama-sama berusaha melonjakkan prestasi sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan.

''Setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang, kita akan beri imbuhan ini pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama, dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata, jemaah nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi kesemua 924 guru besar terbabit untuk diberikan ganjaran dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Ditanya adakah pemberian insentif itu berikutan pengumuman pakatan pembangkang untuk memberi imbuhan RM500 kepada para guru jika mereka menang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata:

''Kita lebih awal lagi buat tawaran ini, sudah setahun kita buat pengumuman. Pembangkang yang ikut kita, sememangnya ini salah satu daripada inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan."

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata, sebuah panel Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah akan ditubuhkan bagi menyemak semula sukatan mata pelajaran itu.

Beliau berkata, seramai 14 pakar terdiri daripada ahli akademik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan duduk berbincang untuk menambah baik mata pelajaran itu.

Ditanya mengenai penarikan balik lebih 400,000 buku teks Bahasa Inggeris berikutan berlaku kesilapan dalam cetakan, beliau berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta syarikat penerbit dalam proses menggantikan buku baru.

''Tanggungjawab itu kita sudah serahkan kepada mereka berdasarkan apa yang telah diputuskan, pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah tetap diteruskan seperti biasa sementara menunggu buku baru diedarkan," katanya.

Wednesday

UJIAN PERMATA PINTAR

PERHATIAN KEPADA MURID-MURID 2 HINGGA 6 , SILA SEDIAKAN MAKLUMAT DIRI ANDA UNTUK PENDAFTARAN BAGI TUJUAN DALAM TALIAN. MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK IKLAN DI ATAS.

Sunday

SAMBUNG BELAJAR

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM PENGAJIAN PENSISWAZAHAN GURU NPQH (PPPG) NPQH) ANJURAN BERSAMA INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB) DAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SESI 2011 HINGGA 2013

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA