MAKLUMAN / INFO SEMASA




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA 23 JULAI 2015 (KHAMIS). HARAP MAKLUM.

SATU TAKLIMAT BERKAITAN DENGAN TUGASAN SEMASA AKAN DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT PADA 09 0G0S 2015, JAM 1.20 pm, SEMUA GURU DAN KAKITANGAN DIJEMPUT HADIR. HARAP MAKLUM. .


KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SOKONGAN YANG BELUM MENCAPAI 5 HARI BERKURSUS SEHINGGA 12 OGOS 2015, SILA SEMPURNAKAN DATA KURSUS ANDA. SURAT TUNJUK SEBAB AKAN DIKELUARKAN OLEH JPN KEPADA MEREKA YANG GAGAL BERBUAT DEMIKIAN. HARAP MAKLUM.

29 April 2009

KOD BABI PADA MAKANAN

Sebagai tanggungjawab sosial, di sini disenaraikan kod-kod yang dilabel pada makanan yang sebenarnya merupakan lemak babi. Biasanya kod tersebut bermula dengan E. Contohnya E 141, yang biasanya terdapat dalam kek.

EMULSIFIERS:e-codes;
100/120/140/141/153/160/161/210/213//214/216/234/252/270/280/300/301/325/326.
EMULSIFIERS:e-codes; 327/334/335/336/337/422/430/431/432/433/434/435/436/440/441/470/471/472/473/474.
EMULSIFIERS:ecodes;
475/476/477/478/481/482/483/491/492/493/494/495/542/570/572/631/635/904/920.


Untuk Bacaan Seterusnya SILA KLIK

20 April 2009

SELAWAT KOMPANG


SEKOLAH KEBANGSAAN BERI PANCHOR TELAH TERPILIH MEWAKILI PPD BACHOK UNTUK PERTANDINGAN SELAWAT KOMPANG PERINGKAT NEGERI YANG BERLANGSUNG DI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN PASIR PUTEH KELANTAN PADA 18 APRIL 2009.

SEBANYAK 10 BUAH PPD BERTANDING NAMUN PPD TUMPAT MENARIK DIRI PADA SAAT AKHIR.
PERTANDINGAN BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI DAN BERAKHIR PADA 3.00 PETANG...
JOHAN PERTANDINGAN SELAWAT KOMPANG IALAH SEKOLAH KEBANGSAAN SELIGI MEWAKILI PPD PASIR PUTEH....NAIB JOHAN PERTANDINGAN IALAH SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA MEWAKILI PPD KOTA BHARU...TEMPAT KETIGA PULA JATUH KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR MEWAKILI PPD BACHOK.

19 April 2009

TIDAK BERGANTUNG 100%

Tidak lagi bergantung 100% peperiksaan – TPM

Oleh ARSHAD KHAN
Pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar.

Untuk itu, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan dimulakan dengan murid prasekolah dan tahun satu.

SPPK akan menyebabkan penumpuan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

“Langkah ini secara keseluruhannya akan menyediakan modal insan yang holistik,” katanya yang juga Menteri Pelajaran.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong sempena pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Tahap pencapaian pelajar buat masa ini diukur 100 peratus kepada prestasi mereka ketika menjawab soalan peperiksaan akhir tahun dan awam.

Ka Siong pada sidang akhbar selepas itu berkata, SPPK akan meletakkan penekanan terhadap proses pembelajaran secara menyeluruh dan bukan setakat menjawab soalan peperiksaan sahaja.

Katanya, langkah itu menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga kelihatan mengabaikan aspek-aspek lain yang sama penting.

Malah, kata beliau, untuk jangka panjang, kementerian juga sedang menilai sama ada perlu mengadakan sehingga tiga peperiksaan awam.

Alimuddin ketika ditemui menambah, di bawah SPPK, pemberian markah untuk pelajar akan terdiri daripada empat punca iaitu:

- Psikometri (sikap atau sahsiah seseorang pelajar)

- Kokurikulum

- Berasaskan sekolah (peperiksaan mingguan dan bulanan)

- Berpusat (Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan standard peperiksaan di semua sekolah).

Jelas beliau, melalui SSPK, penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih maksimum.

Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.

Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.

“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.

Jelas beliau, projek perintis SSPK telah dilaksanakan melibatkan 50 sekolah pada tahun lalu dan 500 lagi pada tahun ini.

Katanya, maklum balas yang diterima termasuk daripada para guru adalah amat positif.

Beliau berkata, pengenalan SSPK tidak akan membebankan para guru kerana sebahagian pendekatan sistem itu sudah pun dimulakan.

“Sekarang ini pun dah buat, kita ada ujian mingguan, ujian bulanan dibuat oleh guru, tetapi semuanya hanya simpan di sekolah dan tidak dimasukkan dalam keputusan akhir peperiksaan.

“Macam itu juga dengan kokurikulum, sekarang pun ada pelajar jadi pengawas, main bola untuk sekolah, cuma tidak dimasukkan secara rasmi dalam penentuan gred peperiksaan awam pelajar,” katanya.

Jelasnya, sistem pentaksiran akan dimulakan dari tahun satu hingga enam untuk UPSR, tingkatan satu hingga tiga bagi PMR manakala tingkatan empat dan lima untuk SPM.

Katanya, kumpulan pertama pelajar yang akan dinilai UPSR mereka menggunakan kaedah SPPK ialah pada tahun 2015 iaitu apabila murid tahun satu 2010 menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.

Jelas Alimuddin, beliau yakin SPPK akan dapat mencapai objektifnya kerana ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.



11 April 2009

TPM & PPSMI

GMP: Lantikan Muhyiddin bawa harapan baru mansuh dasar PPSMI
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyifatkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran yang baru seperti satu harapan positif terhadap gesaan supaya kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata pihaknya menyambut baik pelantikan Muhyiddin kerana beliau yakin Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri akan memandang berat mengenai isu PPSMI.

"Baguslah dah ada Menteri Pelajaran yang baru kerana kita percaya ada maksud tertentu mengenai pelantikannya (Muhyiddin).

"Sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya ada berkomunikasi dengannya dan beliau sendiri ada bertanya mengenai perkembangan GMP...jadi nampak macam ada harapanlah," katanya kepada mStar Online.

Selain itu jelas Hassan, gandingan Muhyiddin bersama timbalannya di Kementerian Pelajaran iaitu Datuk Dr. Puad Zakarshi turut mempunyai siknifikasi yang positif.

"Semua orang tahu sama ada di Parlimen atau dalam umno sendiri Dr. Puad membantah sekeras-kerasnya dasar PPSMI.

"Saya amat yakin ada tujuan atau maksud tertentu disebalik pelantikannya di Kementerian Pelajaran.

"Mungkin ada maksud atau tujuan baik untuk mansuhkan PPSMI, jika tidak mengapa nak lantik beliau kerana beliau memang lantang membantah," katanya.

Tambah Hassan lagi, pihaknya tetap konsisten dalam tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan dasar yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun siapa yang jadi Menteri atau Perdana Menteri, kita tetap akan teruskan gesaan hingga dasar yang mempunyai banyak kelemahan ini dimansuhkan," katanya.

Menurut beliau lagi kerajaan sebenarnya tidak ada pilihan lain melainkan akur dengan permintaan rakyat yang mahu dasar PPSMI dimansuhkan.

"Bukan sahaja kaum Melayu malah kaum-kaum lain juga membantah mengenai PPSMI, rakyat mahukan pengajaran Sains dan Matematik dikembalikan ke dasar asal iaitu diajar dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing," katanya.

Hassan turut memberitahu bahawa GMP akan mengatur pertemuan pihaknya bersama Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran yang baru bagi membincangkan mengenai dasar PPSMI.

"InsyaAllah kita akan meminta untuk adakan pertemuan dengan mereka dalam waktu terdekat," katanya.

petikan - mStar Online

SALAH LAKU

Sekadar mengingat kembali peraturan-peraturan yang sudah lama digunapakai untuk membentuk sahsiah pelajar-pelajar yang kini mungkin agak longgar akan perlaksanaannya. Adalah wajar para pendidik,ibu bapa malah pelajar sendiri merenung kembali peraturan ini.

01 111 Berjudi
02 112 Mencuri
03 113 Melawan/ Mengancan/ Memukul/ Mencederakan Guru
04 114 Melawan/ Mengancam/ Memukul/ Mencedearakan Pengawas
05 115 Memeras Ugut
06 116 Membuli
07 117 Menganggotai Kumpulan Haram/ Kongsi Gelap
08 118 Menyalahgunalan Dadah
09 119 Membawa Senjata Merbahaya
10 120 Mencabul Kehormatan
11 121 Mengancam/ Memukul/ Mencederakan murid lain
12 122 Menceroboh Bilik Khas/ Kedai Koperasi/ Pejabat Sekolah/ Asrama
13 124 Menunjuk Perasaan/ Berpiket/ Mengganggu Ketenteraman Sekolah
14 125 Bertaruh Secara Besar-Besaran
15 221 Bercumbu-Cumbuan
16 222 Berkhalwat
17 223 Membawa Bahan-Bahan Lucah Ke Sekolah
18 224 Mengintai Murid-Murid Perempuan
19 225 Menggunakan Perkataan Lucah
20 226 Melukis dan Menulis Kata-Kata dan Gambar-Gambar Lucah
21 331 Rambut Panjang/ Fesyen Rambut Keterlaluan
22 332 Kuku Panjang
23 333 Bermisai / Berjanggut
24 334 Memakai Pakaian Tidak Mengikut Peraturan Sekolah
25 335 Memakai Barang-Barang Perhiasan Yang Dilarang
26 441 Berkeliaran Di Kawasan Sekolah
27 442 Datang Lewat Ke Sekolah
28 443 Lewat Ke Perhimpunan
29 444 Makan Di Kantin Di Luar Masa Rehat
30 445 Lewat Pulang ke Asrama
31 551 Berkelakuan Kasar Terhadap Guru
32 552 Berkelakuan Kasar Terhadap Pengawas
33 553 Berkelakuan Kasar Terhadap Murid
34 554 Berbahasa Kesat
35 555 Menyimpan Rokok
36 556 Menghisap Rokok
37 557 Menganggu Pengajaran Dan Pembelajaran
38 558 Tidak Menghormati Guru
39 559 Tidak Menghormati Pengawas
40 560 Minum Minuman Keras
41 661 Merosakkan Harta Benda Sekolah
42 771 Menipu yang Melibatkan Wang
43 772 Menipu yang Melibatkan Kepercayaan
44 881 Ponteng Kelas
45 882 Ponteng Sekolah
46 883 Ponteng Perhimpunan
47 884 Ponteng Kegiatan Luar/ Ko-Kurikulum
48 911 Bergaduh
49 912 Kenakalan
50 913 Kesalahan Siber
51 914 Membawa Telefon Bimbit (Handphone) Ke Sekolah
52 A11 Penglibaran dalam Politik
53 L01 Lain-Lain Kes


10 April 2009

INGATAN BUAT PELAJAR & IBU BAPA

PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Pelajaran hari ini memberi kuasa penuh kepada pihak sekolah khasnya guru disiplin untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata,

semua sekolah telah dimaklumkan supaya tegas dalam melaksanakan arahan itu kerana sebelum ini terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan tersebut.

''Peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah telah lama diwujudkan tetapi ada sekolah yang masih serba salah untuk merampas telefon bimbit pelajar.

''Tetapi mulai esok, peraturan ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya di mana pihak sekolah perlu merampas semua telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini hari ini.

Ka Siong berkata, semua telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan mereka akan dimaklumkan supaya jangan membenarkan anak mereka mengulangi kesalahan yang sama.

''Sebelum ini kita mengesan terdapat pelajar yang sering kali mengulangi kesalahan membawa telefon bimbit ke sekolah kerana ibu bapa mereka sanggup menuntut telefon itu di sekolah.

''Walaupun telefon bimbit dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah manakala pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah sekiranya berlaku hal kecemasan," katanya.

Beliau berkata, larangan telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering kali dikaitkan dengan masalah disiplin pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

''Melalui telefon bimbit juga, pelajar telah menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya.

Sumber - utusan



01 April 2009

BOLA BALING


PADA 9 APRIL 09 TELAH DIADAKAN PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH DI SEK.MEN.KEB.KANDIS....

SEK.KEB.BERIS PANCHOR MEWAKILI ZON 1 PPD DAERAH BACHOK.
KEPUTUSANNYA, PASUKAN BOLA BALING LELAKI MENDAPAT JOHAN MANAKALA PASUKAN BOLA BALING PEREMPUAN MENDUDUKI TEMPAT KE EMPAT.


SYABAS BUAT SEMUA PESERTA.

TAKWIN SKBP

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA