MAKLUMAN / INFO SEMASA
Monday
Sunday
KAMI HALALKAN SEGALANYA
Pada pagi ini berlangsungnya majlis penyerahan ilmu sebagai simbolik dan restu guru-guru yang telah mengajar murid-murid Tahun 6 selama ini. Bersama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka semua.
Friday
RANCANGAN MENGAJAR ONLINE
Berita Dalaman
Makluman kepada tenaga pengajar di SKBP, pada tahun depan akan diperkenalkan Rancangan Mengajar Secara Online. Cikgu-cikgu mempunyai pilihan sama ada meneruskan dengan cara biasa (Buku Rekod Mengajar) atau menggunakan cara 'online'.
Bagi cikgu-cikgu yang berminat sila berjumpa dengan Penyelaras Bestari (Cikgu Ropi) untuk sesi penerangan dan bimbingan tersebut. Cikgu boleh mula mencuba kaedah ini mulai sekarang untuk persediaan 2010. Kaedah ini lebih mudah dan menyenangkan. Tambahan pula pada awal Oktober 2009 nanti, SKBP tersenarai dibawah projek kementerian untuk pemasangan wireless keseluruh kawasan sekolah.
Projek yang dijalankan ini juga selaras dengan Pembestarian Sekolah yang menuntut golongan pendidik bergerak seiring dengan perkembangan ICT.
Terima Kasih
Terima Kasih
Tuesday
Pra Perjuangan
Hari ini murid-murid Tahun 6 menghadapi Pra Ujian UPSR. Diharapkan Pra Ujian ini dapat memberi pengalaman yang berguna sebelum mereka menghadapi UPSR pada minggu depan. Perjalanan peperiksaan pada pagi ini berjalan lancar. Peperiksaan kali ini turut dipantau oleh wakil PPD iaitu Encik Sabhi yang dari awal pagi sudah berada di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)