Kesedaran tentang penggunaan peralatan ICT dikalangan guru-guru amat penting. Peralatan ICT bukan sahaja memudahkan dan meringankan bebanan tugas cikgu untuk menyediakan bahan bantu mengajar, malahan penggunaan pelbagai bahan dari sumber ICT ini juga boleh menarik minat murid. Bagi para guru di SKBP, penggunaan peralatan ini tidak terhad kepada guru-guru PPSMI sahaja.Penyelaras Bestari dan Juruteknik telah mengambil langkah bagi menggalakkan dan memperluaskan penggunaan peralatan kepada guru-guru subjek lain dengan memberi bimbingan secara individu kepada guru-guru yang berminat.
Laman-laman yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dirantaikan dengan blog sekolah banyak memberi faedah dan panduan kepada para guru.
Kepada guru-guru, tingkatkanlah pengetahuan dan kemahiran masing-masing walaupun kita bukan guru PPSMI. Pengetahuan Teknologi Milik Semua.
*Kelihatan dalam gambar-Cikgu Nik Kamarulzaman sedang mengajar Bahasa Melayu dengan menggunakan kemudahan ICT .

No comments:
Post a Comment