Hari ini 4 Januari 2009 merupakan Hari Pertama Persekolahan sesi 2009. Sesi persekolahan berjalan dengan lancar tanpa banyak kerenah daripada murid-murid Tahun 1yang kebiasaannya menpunyai pelbagai ragam pada hari pertama.
P & P berjalan seperti biasa dan kebanyakan murid dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Walau bagaimana pun terdapat seorang dua ibu bapa yang masih menemani anak-anak mereka.
Namun begitu disebalik keceriaan mereka semua, terpahat duka bagi Murid Tahun 6 Cemerlang yang kehilangan seorang kawan kerana terlibat dalam kemalangan jaranraya di Gua Musang. Seorang pelajar juga dilaporkan kehilangan bapa pada hari pertama persekolahan ini. Begitulah resam kehidupan. Al Fatihah buat yang sudah tiada dan teruskan kehidupan buat yang masih dipinjamkan nafas oleh NYA.
No comments:
Post a Comment