Tahniah dan Selamat Bertukar buat Tn. Hj. Ab. Aziz (PK HEM) yang telah dinaikkan pangkat menyandang PK Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Tangok.
MAKLUMAN / INFO SEMASA
Friday
Tahniah dan Selamat Bertukar buat Tn. Hj. Ab. Aziz (PK HEM) yang telah dinaikkan pangkat menyandang PK Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Tangok.
Thursday
PERJUMPAAN PENGAWAS
Perjumpaan Pengawas Kali Pertama telah diadakan pada 21 Januari 2009 dan dipengerusikan oleh Cikgu Nik Kamarulzaman. Perjumpaan ini bertujuan menerangkan tanggungjawab serta memberi tugasan rutin kepada pengawas.
Wednesday
PENGGUNAAN PERALATAN ICT


Penyelaras Bestari dan Juruteknik telah mengambil langkah bagi menggalakkan dan memperluaskan penggunaan peralatan kepada guru-guru subjek lain dengan memberi bimbingan secara individu kepada guru-guru yang berminat.
Laman-laman yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dirantaikan dengan blog sekolah banyak memberi faedah dan panduan kepada para guru.
Kepada guru-guru, tingkatkanlah pengetahuan dan kemahiran masing-masing walaupun kita bukan guru PPSMI. Pengetahuan Teknologi Milik Semua.
*Kelihatan dalam gambar-Cikgu Nik Kamarulzaman sedang mengajar Bahasa Melayu dengan menggunakan kemudahan ICT .
AKTIVITI KOKURIKULUM


SELASA, 20 JANUARI 09 - Hari ini bermula aktiviti kokurikulum dengan rasminya. Seperti mana tahun-tahun sudah perjumpaan diadakan selepas waktu sekolah yang bermula 1.15 p.m hingga 3.15 p.m. Hari ini juga merupakan hari terakhir perjumpaan aktiviti kokurikulum dengan Cikgu Saffri selaku PK Ko. Beliau akan kembali menyambung tugasnya di SK Dato' Hashim. Tahniah dan Selamat Bertukar dari semua guru penasihat kelab dan persatuan.
Perjumpaan Kali Pertama hari ini hanya berkisar kepada Perlantikan AJK bagi Unit Beruniform dan Taklimat kepada ahli masing-masing. Pada perjumpaan kali ini juga rata-rata murid telah menggunakan uniform yang telah dibekalkan.
PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6
13 JANUARI 09 - Majlis perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 6 kali pertama bagi sesi persekolahan 2009 telah diadakan di Dewan SKBP. Majlis ini bagi menerangkan perancangan bagi menghadapi UPSR 2009. Majlis ini juga menuntut komitmen ibu bapa bagi memberi lebih lagi sokongan dan kerjasama dengan guru bagi memastikan kejayaan murid-murid.
Ibu bapa memberi kerjasama yang sangat baik dan meminta agar perjumpaan seperti ini diadakan lagi bagi membincangkan permasalah anak-anak mereka.
Sunday
KETUA PANITIA
11 JAN. 09-Pada tahun ini perlantikan Ketua Panitia dibuat agak lebih terbuka dimana guru-guru diberi surat perlantikan di Medan Perhimpunan di depan murid-murid. Surat perlantikan telah disampaikan oleh En. Hamzah Hassan, Guru Besar SKBP.
HARI PERTAMA
Hari ini 4 Januari 2009 merupakan Hari Pertama Persekolahan sesi 2009. Sesi persekolahan berjalan dengan lancar tanpa banyak kerenah daripada murid-murid Tahun 1yang kebiasaannya menpunyai pelbagai ragam pada hari pertama.
P & P berjalan seperti biasa dan kebanyakan murid dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Walau bagaimana pun terdapat seorang dua ibu bapa yang masih menemani anak-anak mereka.
Namun begitu disebalik keceriaan mereka semua, terpahat duka bagi Murid Tahun 6 Cemerlang yang kehilangan seorang kawan kerana terlibat dalam kemalangan jaranraya di Gua Musang. Seorang pelajar juga dilaporkan kehilangan bapa pada hari pertama persekolahan ini. Begitulah resam kehidupan. Al Fatihah buat yang sudah tiada dan teruskan kehidupan buat yang masih dipinjamkan nafas oleh NYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)