MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Tuesday

GARIS PANDUAN BAYARAN TAMBAHAN

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kementerian Pelajaran digesa mengeluarkan garis panduan berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan ke atas murid sekolah rendah dan menengah bermula tahun depan.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, arahan terbaru kementerian itu merunsingkan pihaknya serta ibu bapa di seluruh negara kerana kadarnya tidak ditetapkan.

Selain itu jelasnya, kementerian berkenaan juga tidak menetapkan harga siling bayaran tambahan yang boleh dikutip daripada ibu bapa oleh PIBG sekolah-sekolah.

Menurutnya, garis panduan itu perlu dikeluarkan sebelum Mac depan bagi mengelakkan kekeliruan kerana pada masa itu, kesemua PIBG selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

''Bagaimana pula dengan ibu bapa daripada golongan berpendapatan rendah serta mempunyai ramai anak yang sedang bersekolah, ketidaktentuan ini merunsingkan kami semua,'' katanya.

Pada 2 Disember lalu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom mengumumkan selain yuran, ibu bapa turut dikenakan bayaran tambahan bermula sesi persekolahan depan bagi manfaat murid-murid.

Beliau memberitahu, bayaran tambahan tersebut bagi tujuan kemudahan dan aktiviti murid-murid sekolah tanpa menyatakannya secara spesifik.

Justeru kata Mohamad Ali, bayaran tambahan itu perlu diperuntukkan hanya untuk tujuan akademik, disiplin, kurikulum dan aktiviti sukan murid-murid.

Sebagai contoh jelasnya, 50 peratus daripada bayaran itu perlu diperuntukkan untuk tujuan pembentukan akademik dan disiplin murid, 25 peratus untuk kurikulum sementara selebihnya bagi mengembangkan bakat sukan para pelajar.

Selain itu tegas beliau, kerajaan perlu menimbang semula pengenaan bayaran tambahan persekolahan anak-anak bagi ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Dalam pada itu, Alimuddin ketika dihubungi menegaskan, kementerian memberi sepenuh kuasa kepada guru besar, pengetua dan PIBG untuk menentukan kadar bayaran tambahan persekolahan masing-masing.

Jika terdapat sebarang kesulitan jelasnya, pihak sekolah dan PIBG boleh merujuk perkara itu kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk diperhalusi.

''Mengenai pengecualian (bayaran tambahan persekolahan) kepada golongan berpendapatan rendah pula, saya serahkan perkara itu kepada pengetua dan PIBG terlibat untuk dibincangkan bersama,'' katanya.

Beliau menambah, pekeliling mengenai bayaran tambahan itu telah diedarkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri.

Utusan Malaysia Online: 28 Disember 2009



No comments:

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA