MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Friday

'CHECK' MURID SETIAP HARI

Sekolah diarah ambil suhu badan murid setiap pagi

KUALA LUMPUR: Sekolah diarah mengambil suhu badan murid setiap pagi dan mengasingkan serta membawa mereka ke klinik jika didapati demam dengan suhu badan melebihi 38 darjah celsius.

Pada masa sama, sekolah diminta peka dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada murid mengalami sebarang simptom jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) seperti batuk dan selesema.

Untuk tujuan itu, sekolah di seluruh negara sudah dibekalkan dengan Bercakap kepada Berita Harian, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pandemik H1N1 yang dipengerusikan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu.

"Pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan kebersihan kawasan sekolah, termasuk tandas, bilik darjah, kantin dan asrama, selain terus menggesa pelajar untuk mengelak berada di kawasan tumpuan ramai," katanya.

Bagaimanapun, Alimuddin berkata, kementerian belum mewajibkan penggunaan topeng muka kepada pelajar sekolah kerana penggunaannya sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Selain itu, beliau meminta ibu bapa tidak panik dengan keputusan kerajaan tidak menangguhkan lima peperiksaan utama di negara ini kerana kerajaan akan melaksanakan tindakan yang perlu sepanjang tempoh peperiksaan berkenaan.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya tidak menutup sekolah yang dijangkiti H1N1 kerana bimbang ia akan menjejaskan sesi persekolahan pelajar terutamanya menjelang peperiksaan utama sebaliknya mahu langkah pencegahan di sekolah dipertingkatkan, selain mengkuarantin pelajar yang dijangkiti H1N1.

Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) pula meminta ibu bapa memantau anak-anak yang terjejas sesi persekolahan mereka ekoran H1N1, supaya tidak mengabaikan pelajaran walaupun di rumah.

petikan Berita Harian Online

No comments:

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA