Yahudi promosi Islam
Media Arab meragui kejujuran profesor Israel
HAIFA: Ramai di kalangan pengguna internet yang mungkin tidak menyedari kewujudan satu laman web didakwa mengetengahkan kemurnian kitab suci-al-Quran, tetapi anehnya, dikendalikan oleh seorang profesor warga Israel dan anak muridnya.
Kehadiran laman web 'quranet.net' itu tidak disenangi media Arab yang menggesa umat Islam supaya berhati-hati dengan kandungannya biarpun ia mendakwa kewujudannya bagi mempromosi ajaran sebenar al-Quran sedangkan ia mungkin memenuhi kepentingan Israel.
Malah, sebaik seseorang membukanya, laman web berwarna hijau putih itu dengan gambar beberapa ahli akademik didakwa Muslim, diselang seli pula dengan foto Menteri Pendidikan Israel, Yuli Tamir.
Nama Profesor Yahudi terbabit, Ofer Grosbard, tertera di sudut kirinya, tetapi tanpa wajah dan butir peribadinya juga tidak disiarkan.
"Kami cuma mahu mengubah amalan umum supaya al-Quran menjadi satu bahan rujukan yang berguna kepada semua pihak dan supaya sesiapa pun boleh mendapatkan jawapan bagi permasalahan psikologi dan pendidikan moden, mengikut apa yang diajar al-Quran," kata Grosbard.
Beliau adalah Profesor Fakulti Pendidikan Arab, Universiti Haifa dan pandangannya itu dipetik stesen penyiaran Cable News Network (CNN).
"Quranet hanya mahu menunjukkan keindahan al-Quran. Tambahan lagi, ada 1.5 bilion orang Islam di seluruh dunia," kata Grosbard yang percaya mesej positif suci umat Islam itu dikaburkan golongan fundamentalis yang didakwanya mewajarkan keganasan.
Laman web itu menggunakan bahasa Inggeris biarpun diselang seli dengan bahasa Arab dan Hebrew. Agensi
No comments:
Post a Comment