KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH UNTUK MAKMAL BAHASA
1. Perkara-perkara berikut diambil pertimbangan:
• Melibatkan sekolah yang mempunyai makmal komputer model M2 ( 20 PC murid dan 1 PC
guru) atau M3 ( 40 PC murid dan 2 PC guru)
• Makmal komputer yang telah mendapat penggantian mulai tahun 2008.
• Makmal komputer baru – perolehan mulai tahun 2008
• Mempunyai bekalan letrik 24 jam
• Tiada masalah networking dan gangguan untuk mengakses talian internet
Senarai cadangan sekolah ini adalah tertakluk kepada kelulusan JK yang akan dibentuk nanti yang antaranya melibatkan bahagian-bahagian lain di kementerian termasuk Bahagian Sekolah Harian.
MAKLUMAN / INFO SEMASA
Wednesday
MAKMAL ICT SKBP DIPILIH SEBAGAI MAKMAL BAHASA
Tuesday
Monday
MAJLIS PENYERAHAN ILMU 2011
Pada 11 September 2011, Majlis Penyerahan Ilmu telah diadakan buat julung-julung kali secara agak besar-besaran. Namun begitu kehadiran dan sokongan ibu kali ini lebih daripada jangkaan para guru. Lebih 70 pulut semangat telah dibawa oleh para ibu bapa bagi menunjukkan simbol sokongan kepada majlis tersebut. Lebih mengharukan lagi ada ibu bapa yang mengambil cuti untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dalam majlis kali ini. Dalam majlis ini juga seorang wakil ibu bapa dengan rela hati mewakili semua ibu bapa bapa bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru. Dikesempatan ini para ibu bapa mengambil kesempatan untuk bergambar dengan para guru dan anak-anak mereka. Terima kasih tidak terhingga dari warga SKBP kepada para ibu bapa yang telah memberi sokongan menjayakan majlis ini.
Sunday
SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN
Pada 9 September 2011, SKBP sekali lagi menganjurkan solat hajat dan bacaan yasin bagi murid-murid yang bakal menempuh UPSR tidak lama lagi. Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa pada kali ini amat membanggakan. Ini merupakan kali pertama kehadiran ibu bapa yang begitu ramai. Semoga semangat ini dapat dikekalkan untuk masa akan datang. Sokongan ibu bapa amat penting bagi menjayakan sebarang perancangan pihak sekolah terutama yang melibatkan kejayaan murid-murid.
Wednesday
Subscribe to:
Posts (Atom)








