MAKLUMAN / INFO SEMASA

 


INFO TERKINI.

TUAN/PUAN BOLEH MENUNTUT BAUCER BUKU ANAK-ANAK MELALUI PAUTAN DALAM LAMAN DELIMa ATAU MELALUI IKON BOOK CAPITAL DI BAWAH.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

MOHON IBU BAPA MEMBERI GALAKAN SUPAYA ANAK-ANAK MEREKODKAN BAHAN BACAAN DALAM PAUTAN AINS YANG DISEDIAKAN DI SEBELAH KIRI LAMAN INI. TERIMA KASIH.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

KEPADA MURID-MURID SK BERIS PANCHOR

SILA DAPATKAN KATA LALUAN ID DELIMA ANDA DARIPADA GURU KELAS ATAU GURU MAKMAL.

******************************************************


Thursday

KURANGKAN LADAP

NUTP saran kurangkan Ladap
Oleh Noor Azimah Romli
bhnews@bharian.com.my

Kementerian berjimat tetapi guru terpaksa keluar wang sendiri hadiri kursus

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pelajaran mengurangkan Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) sebanyak 50 peratus berikutan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung sendiri guru apabila menghadiri kursus kerana tiada peruntukan disediakan untuk perbelanjaan makanan dan kos pengangkutan.

Buat masa ini semua guru diwajibkan menghadiri kursus Ladap selama 42 jam atau tujuh hari setahun.

Jika kementerian melaksanakan cadangan terbabit bermakna guru hanya wajib hadiri kursus 21 jam saja dan ini dapat membantu mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung guru pada masa ini.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata kementerian sebelum ini melaksanakan dasar penjimatan sehingga terpaksa menyatu perbelanjaan termasuk kursus latihan untuk guru.

"Kementerian sepatutnya mengambil kira semua faktor termasuk kebajikan guru sebelum melaksanakan langkah terbabit.

"Saya sebagai wakil NUTP melahirkan rasa kecewa atas perkembangan ini.

"Selepas kementerian mengumumkan langkah penjimatan terbabit semua pengetua dan guru besar diberi taklimat untuk mengambil langkah penjimatan segera untuk mengurangkan perbelanjaan.

"Kami di pihak guru dikerah menghadiri pelbagai kursus tetapi pada masa sama kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sepanjang kursus," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan guru yang menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, tidak ada langsung peruntukan diberikan berbanding sebelum ini yang mana satu kepala diperuntukkan RM9 sehari.

Hashim , berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu untuk menaik taraf profesionalisme di kalangan guru," katanya dihubungi, semalam.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan berharap cadangan terbabit dapat dipertimbangkan oleh kementerian.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun perbelanjaan dalam pendidikan bukan kos tetapi satu pelaburan masa depan.

"Kesan catuan akan dapat dilihat pada 5 hingga 10 tahun akan datang dan sudah tentu membabitkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan nanti apabila guru semakin kurang motivasi untuk mengajar serta mendidik," katanya.

Tuesday

NUTP Mahu Sekolah & MSN Berbincang

NUTP mahu sekolah, MSN diajak bincang
Oleh Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pelajaran membincangkan dengan lebih mendalam dengan sekolah, guru dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pelaksanaan keputusan mewajibkan semua pelajar menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbincangan itu perlu bagi menguntungkan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar.

“Tidak semestinya tenaga pengajar terdiri daripada jurulatih profesional, tetapi kita juga mengalu-alukan bekas atlit yang mempunyai pengalaman untuk dikongsi bersama pelajar.

“Guru besar dan pengetua juga perlu mengubah sikap mereka dan menjadikan sukan antara subjek penting di sekolah selain akademik,” katanya mengulas cadangan Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar sekolah rendah dan menengah mengambil satu jenis sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, jawatankuasa sementara akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar menyertai sukan.
Hashim berkata, langkah itu memberi peluang kepada guru terutama yang mempunyai ijazah sains sukan memanfaatkan ilmu mereka.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata keputusan itu antara cara meningkatkan martabat sukan dan melahirkan jaguh peringkat dunia.

“Untuk merealisasikan peraturan ini, kementerian perlu bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan. Cara ini dilakukan sekolah seperti di New Zealand dalam bidang sukan seperti gimnastik,” katanya.

Monday

Penggunaan Kampus ASTRO dalam P&P

Dipetik Dari Laman BTPN Sabah

Penggunaan Kampus ASTRO dalam P&P


Penggunaan TV dalam bilik darjah merupakan satu cara P&P yang menarik kerana ia melibatkan banyak deria. Dalam teori pembelajaran, penggunaan lebih banyak deria akan memberikan kesan yang lebih tekal. Berdasarkan kajian dalam pemerolehan pengetahuan berdasarkan deria, sebanyak 83.0% akan diperolehi melalui penglihatan dan 11.0% pula akan diperolehi melalui pendengaran. Pelaksanaan Kampus Astro merupakan salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah dan rangsangan P&P di dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan keberkesanan P&P.


SEORANG PELAJAR 1 SUKAN

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan
BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

Saturday

PEMURNIAAN BLOG PENDIDIKAN


Kursus Pemurniaan Blog Pendidikan seperti mana dimaklumkan sebelum ini berjalan dengan lancar. Bagaimanapun sebahagian peserta yang berminat sebelum ini tidak dapat hadir kerana tarikh tersebut bertembung dengan cuti ganti Tahun Baru Cina dan Kelas Tutorial OUM. Kursus ini adalah cetusan dari guru-guru SK Pauh Sembilan cuma diadakan di SK Beris Panchor. Ini memandangkan talian internet di SK Pauh Sembilan kurang memuaskan. Hanya Cikgu Maliki seorang sahaja yang mewakili guru SKBP manakala peserta lain terdiri daripada guru-guru dari SK Pauh Sembilan. Kursus ini telah disampaikan oleh Cikgu Muhamad Ropi, Penyelaras Bestari SKBP.






LULUS BI JEJAS PELAJAR

Syarat lulus BI jejas pelajar luar bandar

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bimbang pelaksanaan syarat lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikhuatiri mengorbankan nasib pelajar di kawasan luar bandar yang kebanyakannya lemah dalam mata pelajaran itu.

Pengerusinya, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata pihaknya khuatir ia akan menimbulkan lebih banyak masalah terutama mengakibatkan banyak pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris di kawasan luar bandar itu, gagal dalam peperiksaan.

“Pelaksanaan ini akan menjejaskan pelajar yang mendapat 10A atau 15A dalam semua mata pelajaran yang diajarkan dalam bahasa Melayu tetapi gagal hanya kerana tidak lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Keadaan ini sama seperti dasar penjajah terhadap bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran di negara ini sebelum kemerdekaan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Ceramah dan Forum Bahasa Kebangsaan GMP di Rumah Pena di sini, semalam.

Hadir sama Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said.

Hassan menyarankan Kementerian Pelajaran menyelesaikan masalah kelemahan Bahasa Inggeris dengan meningkatkan kaedah dan mutu pengajaran mata pelajaran itu di sekolah.

“Kelulusan Bahasa Inggeris tidak harus dijadikan syarat lulus SPM, sebaliknya sistem pendidikan subjek ini dipertingkatkan dan kemu-dahan sempurna disediakan kepada pelajar untuk menguasainya,” katanya.

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA