MAKLUMAN / INFO SEMASA

 


INFO TERKINI.

TUAN/PUAN BOLEH MENUNTUT BAUCER BUKU ANAK-ANAK MELALUI PAUTAN DALAM LAMAN DELIMa ATAU MELALUI IKON BOOK CAPITAL DI BAWAH.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

MOHON IBU BAPA MEMBERI GALAKAN SUPAYA ANAK-ANAK MEREKODKAN BAHAN BACAAN DALAM PAUTAN AINS YANG DISEDIAKAN DI SEBELAH KIRI LAMAN INI. TERIMA KASIH.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

KEPADA MURID-MURID SK BERIS PANCHOR

SILA DAPATKAN KATA LALUAN ID DELIMA ANDA DARIPADA GURU KELAS ATAU GURU MAKMAL.

******************************************************


Friday

RANCANGAN MENGAJAR ONLINE

Berita Dalaman
Makluman kepada tenaga pengajar di SKBP, pada tahun depan akan diperkenalkan Rancangan Mengajar Secara Online. Cikgu-cikgu mempunyai pilihan sama ada meneruskan dengan cara biasa (Buku Rekod Mengajar) atau menggunakan cara 'online'.
Bagi cikgu-cikgu yang berminat sila berjumpa dengan Penyelaras Bestari (Cikgu Ropi) untuk sesi penerangan dan bimbingan tersebut. Cikgu boleh mula mencuba kaedah ini mulai sekarang untuk persediaan 2010. Kaedah ini lebih mudah dan menyenangkan. Tambahan pula pada awal Oktober 2009 nanti, SKBP tersenarai dibawah projek kementerian untuk pemasangan wireless keseluruh kawasan sekolah.
Projek yang dijalankan ini juga selaras dengan Pembestarian Sekolah yang menuntut golongan pendidik bergerak seiring dengan perkembangan ICT.
Terima Kasih


Tuesday

Pra Perjuangan



Hari ini murid-murid Tahun 6 menghadapi Pra Ujian UPSR. Diharapkan Pra Ujian ini dapat memberi pengalaman yang berguna sebelum mereka menghadapi UPSR pada minggu depan. Perjalanan peperiksaan pada pagi ini berjalan lancar. Peperiksaan kali ini turut dipantau oleh wakil PPD iaitu Encik Sabhi yang dari awal pagi sudah berada di sekolah ini.

Sunday

Banyak Perkara Dalam 1 Permintaan




Solat Hajat Kali Kedua ini bolehlah dikatakan 'Banyak Perkara Dalam 1 Permintaan'.

Mana tidaknya, solat hajat pada kali ini bukan sahaja untuk mendoakankan kejayaan murid-murid

dalam menempuh UPSR. Beberapa pengharapan kepada-Nya turut dipohon dalam solat hajat kali ini.

Antaranya memohon kesihatan Ke Bawah DYMM Al Sultan Kelantan, memohon perlindungan dari

wabak H1N1 serta mohon keberkatan atas pembinaan bangunan sekolah yang baru. Semoga segala

permintaan ini di berkati oleh - Nya... Amin





Monday

PPD Bersemuka Guru Tahun 6 ZonPen 1



Taklimat Khas kepada guru-guru Tahun 6 ZonPen 1 telah diadakan di Dewan Sri Pauh, SK Pauh Sembilan. (10 OGOS 2009).





Saturday

PEMBESTARIAN SEKOLAH & PEMURNIAN DATA

Pada hari ini Sabtu bersamaan 08 OGOS 2009, LDP kali ke empat yang bertajuk 'PEMBESTARIAN SEKOLAH & PEMURNIAN DATA' telah berlangsung dengan lancar. Pada mulanya LDP kali ke empat hanya tertumpu kepada kepada tajuk pemurnian data sahaja. Memandangkan berlaku gangguan internet sebahagian dari kursus mengenai data terpaksa ditunda dan digantikan dengan tajuk 'Pembestarian Sekolah'. Tajuk pembestarian sekolah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar dan Penyelaras Bestari yang telah menghadiri kursus anjuran BTPN di Terengganu. Manakala tajuk pemurnian data telah disampaikan oleh Cikgu Khaziman Othman.







Friday

GURU SKBP DAN SK SERING 'BERGASAK'

Pada hari Rabu 29 Julai yang lepas, Guru-guru SK Beris Panchor telah mengadakan perlawanan bola tampar persahabatan dengan SK Sering. Acara ini adalah sebahagian dari aktiviti Kelab Guru SK Beris Panchor. Tahniah kepada kedua orang Guru Besar sekolah masing-masing dan juga para guru kerana memberi komitmem dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.





PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA