MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Saturday

Laksana PPSMI 'tidak beretika'

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'
Jimadie Shah Othman Jun 27, 09 1:03pm / Malaysiakini
Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.


Tuesday

Makmal Komputer Jadi Makmal Bahasa

Makmal komputer sekolah dinaik taraf makmal bahasa
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menaik taraf fungsi makmal komputer sekolah di seluruh negara bagi membolehkan ia diguna sebagai makmal bahasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia adalah satu langkah untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Penggunaan teknologi akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, perisian dan peralatan yang sesuai akan dibekalkan dalam melaksanakan rancangan ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah yang diambil untuk memperbaiki pelajaran termasuk pengajaran Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains di semua peringkat dan jenis sekolah.

Muhyiddin berkata, kementerian juga sedang mengkaji untuk memperkenalkan mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris di kalangan murid serta menekankan tatabahasa Bahasa Inggeris bagi meningkatkan mutu penulisan dan pengucapan mata pelajaran itu di kalangan murid.

Muhyiddin berkata, masa pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris juga akan ditambah untuk membolehkan kandungan pengajaran ditambah.

"Justeru, tahap kompetensi guru Bahasa Inggeris akan ditingkatkan. Lebih ramai guru Bahasa Inggeris yang berkelayakan akan diambil untuk mengajar terutama di sekolah luar bandar," katanya.

Mengenai pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), Muhyiddin berkata keputusan mengenai perkara itu yang dijangka diumum awal Julai ini akan memberi kebaikan kepada guru dan murid.

"Kita jamin keputusan akan diambil oleh kerajaan dalam masa terdekat (dan) akan beri kebaikan kepada guru dan murid, analisis dan kertas hala tuju sudah siap dan akan dibentang kepada Jemaah Menteri. Apa saja keputusan dibuat biarlah dengan kepentingan rakyat.

"Kita akan umumkan dengan jelas terperinci, bukan apa yang telah dilaksana tetapi apa yang akan dilaksanakan, adakah pendekatan yang kita gunakan ini yang terbaik atau tidak," katanya.
- Bernama



Monday

JOM KITA RENUNG SEKEJAP

BERSAMA KITA BUKA MINDA, LAPANGKAN DADA DAN MEMANDANG POSITIF. HAYATI BAIT-BAIT KATA DARI RAKAN SEPERJUANGAN... DIMANA KEDUDUKAN KITA???

Guru yang Profesional

Guru yang tidak Profesional

Mula kerja awal pagi

Mula kerja setelah loceng berbunyi

Sedia bergerak awal hari

Sudah pun letih di awal pagi

Mengurus dengan merancang

Mengurus dengan krisis

Ada perancangan & matlamat

Ada berbagai alasan

Berpakaian secara 'profesional'

Berpakaian selekeh

Guna waktu luang sebagai waktu

Guna waktu luang mengumpat dan mengeji 'kerja'

Suka ikuti latihan kerana berikan perkem bangan profesional

Komen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu

Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar

Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu

Cari perkara-perkara untuk dipuji

Cari perkara-perkara untuk dikomplen

Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan

Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan

Sedia buat keputusan dan selesai masalah

Bertanya "Apa patut saya buat?"

Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan

Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram

Melanggan dan membaca jurnal profesional

Fikir jurnal profesional sebagai membazir kan wang sahaja

Mendapat penghormatan setiap hari

Merungut kerana tidak dapat penghormatan

Buat yang terbaik

Buat apa orang lain buat

Kembangsuburkan kerjaya mereka

Bimbang tentang kerja mereka

Sumber.
AZMI ABDULLAH.



Saturday

LDP Kali Ke Dua



LDP kali ke dua telah dia adakan pada 20 JUN 2009. Tajuk LDP pada kali ini ialah

penggunaan EDUWEB TV dalam pengajaran dan pembelajaran. Ceramah disampaikan

oleh Cikgu Muhamad Ropi dan dibantu oleh Cikgu Abu Hasan serta Cik Noorhaziana.

Berita selanjutnya, sila ke klik LDP SKBP



Monday

SEMAK KEPUTUSSAN KDP 14 MINGGU

SILA KLIK PADA BANNER DI ATAS
UNTUK SEMAKAN




Wednesday

ENGLISH IN CAMP

Gambar-gambar sekitar 'English In Camp' peringkat Negeri Kelantan
yang diadakan di SK Beris Panchor.


Majlis Penutup akan dirasmikan oleh
Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan
pada 11 JUN 2009, jam 11 pagi.

English in Camp merupakan aktiviti anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang disertai kebanyakan sekolah dari seluruh PPD Negeri Kelantan. Seramai 100 orang murid Tahun 5 menyertai kem ini. Pelbagai aktiviti telah diatur dan dilaksanakan. Kem Komanden diketuai oleh Cikgu Adnan Johari dan dibantu oleh Cikgu Tajuddin, kedua mereka merupakan guru dari SK Beris Panchor.

PPD dan sekolah-sekolah terlibat menghantar wakil masing-masing bagi melicinkan program ini. SK Beris Panchor selaku tuan rumah mengucapkan jutaan terima kasi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



Monday

PERTANDINGAN KOMPANG PERINGKAT NEGERI KELANTAN



DALAM PERTANDINGAN KOMPAN PERINGKAT NEERI KELANTAN, SK BERIS PANCHOR MENDAPAT TEMPAT KETIGA.

TAHNIAH BUAT PELAJAR SEMUA.

MGB BACHOK KE VIETNAM & KEMBOJA

KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MELIHAT ALBUM SEPENUHNYA.
Gambar disumbang oleh GB SK Beris Panchor

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA