MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Sunday

Taklimat Murid Tahun 6

Satu taklimat ringkas kepada murid-murid Tahun 6 telah diadakan selepas perhimpunan mingguan. Taklimat ini biasanya diberikan kepada murid-murid sebagai langkah awal kepada mereka bagi menghadapi UPSR. Biasanya beberapa amanah dan tip belajar diserapkan kepada murid-murid agar mereka sentiasa berada dilandasan yang betul.

Watikah Pelantikan Pengawas

Pada Hari ini 30 Januari 2011(Ahad), satu majlis ringkas iaitu Pelantikan Pengawas telah diadakan di Medan Perhimpunan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleg Tuan Guru Besar SK Beris Panchor.

Tuesday

AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS

Bermula 26 Januari 2011 dan setiap Hari Rabu berikutnya, Panitia BI akan melaksanakan kempen "WEDNESDAY IS OUR ENGLISH DAY". Sehubungan dengan itu, seluruh warga SKBP diwajibkan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sepanjang sesi persekolahan. Matlamat kempen ini bagi meningkatkan pengguasaan bahasa tersebut dikalangan guru-guru dan murid-murid.

Wednesday

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 2011

Satu perjumpaan ibubapa Tahun 6 telah diadakan pada pagi ini (19 Januari 2011) bermula jam 8.00 pagi.Sambutan daripada ibu bapa pada kali ini sungguh baik berbanding dengan tahun-tahun sudah. Tujuan perjumpaan kali ini bagi memaklumkan dan meminta sokongan ibu bapa terhadap aktiviti yang akan dijalankan kepada murid-murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR. Guru-guru juga diperkenalkan kepada ibu bapa tahun 6 bagi memudahkan urusan dan menyelesaikan permasalahan yang timbul dikalangan murid-murid.

PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA