MAKLUMAN / INFO SEMASA


INFO TERKINI.

CUTI SEMESTER BULAN OGOS BERMULA PADA 25 OGOS 2023 SEHINGGA 02 SEPTEMBER 2023.


*********************************************

Assalamualaikum..

Ibu Bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak melalui pautan di bawah..

DAFTAR PENGGUNA © KERJASAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Layari pautan portal

https://public.moe.gov.my

*******************************************************************

SEKOLAH  AKAN MULA BERCUTI SEMPENA AIDIL ADHA PADA 28 JUN   DAN AKAN DIBUKA PADA 02 JULAI 2023 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

******************************************************************

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, AKTIVITI SK BERIS PANCHOR BOLEH DITONTON MELALUI SIARAN YOUTUBE CARIAN OCEAN TV PSS

**********************************************************

Kepada MURID_MURID di sayangi.

TOLONG JAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN, ELAKKAN TERDEDAH KEPADA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

******************************************************


Wednesday

Peringkat Akhir Buat PPSMI

Oleh ZULKIFLI JALIL dan
SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 26 Mei - Status quo dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu lagi.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran yang diketuainya kini di peringkat akhir membuat penilaian terhadap kedudukan dasar itu sebelum taklimat mengenainya dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegas beliau, penilaian mengenai PPSMI akan mengambil kira pelan yang komprehensif, pandangan semua pihak serta sistem pendidikan negara.

''Pihak saya masih terbuka untuk menerima pandangan mengenai kedudukan PPSMI.

''Tetapi yang paling penting, kita mahu keputusannya nanti memenuhi objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan, semua keperluan infrastruktur dipenuhi, pelajar pula tidak menjadi mangsa dan akhirnya ibu bapa gembira," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil tujuh pertubuhan Cina di pejabatnya di sini hari ini.

Pertubuhan-pertubuhan Cina berkenaan ialah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) dan Malaysian Seven Major Clans Association.

Lima pertubuhan Cina lain adalah Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia, Nanyang University Alumni Association of Malaya, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Muhyiddin baru-baru ini mengarahkan kajian mengenai dasar PPSMI dilanjutkan kerana tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.

Ia kerana terdapat perbezaan ketara di antara hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik pertubuhan bebas berbanding hasil yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat oleh Kementerian Pelajaran yang sebelum itu diketuai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Friday

DURIAN RUNTUH UNTUK PPPLD

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusangroup.com.my
KUALA LUMPUR 21 Mei – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) berpeluang menikmati skim perkhidmatan lebih baik apabila kerajaan mengumumkan kenaikan pangkat dan pertambahan kuota Guru Cemerlang sehingga 1,486 bagi pelbagai gred berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah melupakan guru diploma.

‘‘Hari ini kita umumkan pula untuk PPPLD, berkuat kuasa serta merta jadi saya harap mereka berpuas hati,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan guru bukan siswazah cuma pengumuman kenaikan pangkat itu didahulukan kenaikan pangkat dan tambahan Guru Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Berita gembira untuk PPPS itu diumumkan pada sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan di Terengganu, 16 Mei lalu.

Pada sambutan Hari Guru itu, Muhyiddin telah meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta.

Beliau juga berkata, kerajaan juga bersetuju mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP Siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah.

Ekoran daripada pengumuman itu, guru PPLD telah menyatakan rasa kecewa mereka termasuk menghantar surat ke ruangan Forum Utusan Malaysia kelmarin.

Masalah yang sama turut dibangkitkan oleh Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohd. Sabri Mohd. Arshad baru-baru ini yang mendakwa kerajaan ‘tidak bersikap adil’ terhadap guru bukan siswazah yang sudah lama berkhidmat di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Utusan Malaysia Online: 22 Mei 2009




Monday

SEMAK KEPUTUSAN PTK MAC 2009 DAN TERBARU - PERMOHONAN KDP 14 MINGGU

SILA KLIK PADA BANNER DIATAS
TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA
***************************************

SILA KLIK PADA BANNER DI ATAS

UNTUK MENGISI PERMOHONAN

DALAM TALIAN (ONLINE)









Sunday

LDP Kali Pertama


Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama
Maklumat Lanjut Sila Layari Blog LDP SKBP
Gambar disumbangkan oleh Cik Noorhaziana



PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM



MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAJLIS INI TIDAK DAPAT DISERTAKAN. BANYAK GAMBAR TERPAKSA DIBUANG KERANA TIDAK MELEPASI TAHAP PIAWAI
Gambar disumbang oleh GB SK Beris Panchor

Thursday

Mesyuarat PIBG Kali Ke 32





Majlis Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zulkifli Bin Mohamad, disusuli ucapan alu-aluan Ybrs. Tuan Guru Besar En. Hamzah b. Hassan. Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, En Ridzuan Sidik. Manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh Yang Berbahagua En. Dali b. Hussin. (Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan)
Acara seterusnya ialah Penyampaian Hadiah Kepada Murid-Murid Terbaik Dalam UPSR Tahun 2008

Guru Besar dan Warga SKBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.
Gambar oleh Cikgu Ropi

Tuesday

Kenang Jasa Guru

Sumber: Berita Harian 12 Mei 2009

Oleh Norliza Abdullah

GURU ibarat lilin yang menerangi, tugas murni mereka kini semakin dianggap sepi. Tidak dinafikan sebagai manusia biasa mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan yang dilihat sebagai menghukum untuk kebaikan. Bagaimanapun tindakan itu dihakimi masyarakat tanpa memikirkan kesannya kepada institusi pendidikan. Ikuti pandangan peranan guru dan cabarannya oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayub kepada wartawan unit pendidikan, Norliza Abdullah.


HARI Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun disambut meriah di seluruh negara. Pelajar meraikan jasa guru dan ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada golongan pendidik itu, manakala Kementerian Pelajaran juga mengadakan pelbagai acara bagi meraikannya.

Sempena hari bersejarah ini marilah kita merenung pepatah Melayu ‘Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain’. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya.

Namun, kebelakangan ini, rasa hormat dan sayangkan guru semakin terhakis bukan saja pelajar atau murid sudah tidak begitu hormat kepada mereka, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru, kadang-kadang di hadapan pelajar sendiri.

Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun di Hari Guru ini untuk mengenang jasa mereka kita.

Guru adalah manusia biasa, ada kala mereka melakukan kesilapan, tetapi berapa kerat yang berbuat begitu?

Boleh dikatakan 99 peratus daripada lebih 360,000 guru di Malaysia adalah mereka yang sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dan detik hati kecil untuk membantu anak didiknya berjaya.

Tidak ada guru yang akan berfikiran sebaliknya malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa.

Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.

Kata orang ‘hormat’ tidak boleh diminta kerana ia adalah balasan daripada rasa hormat ditunjukkan. Kini profesion perguruan diberi pengiktirafan kerajaan dengan adanya Skim Gred Khas C dan Pengetua Jusa C serta gred lain yang membolehkan ramai guru menikmati gaji lebih tinggi berbanding 10 atau 20 tahun lalu.

Latihan diterima semakin tinggi dan kini semua guru sekolah menengah dan hampir 50 peratus di sekolah rendah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, berbanding 10 tahun lalu di mana kelayakan mereka sekadar diploma atau sijil perguruan.

Dengan adanya latihan dan kelayakan lebih tinggi, guru lebih berpengetahuan mendidik pelajar di sekolah. Ramai juga di kalangan mereka kini mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Saya rasa bangga kerana guru mempunyai kelayakan akademik tinggi berbanding rakan mereka di negara membangun lain, seperti India, Pakistan, Thailand, Indonesia, malah China sekali pun. Dari segi kelayakan, guru kita cukup berkelayakan.

Tetapi mengapakah kita masih mendengar rungutan dan laporan pelbagai masalah di sekolah? Bagi saya ada pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan.

Paling utama ialah desakan dan harapan ibu bapa, mereka sentiasa mahu anak masing-masing berjaya, mencapai gred A dan cemerlang dalam peperiksaan.

Tetapi mereka tidak melakukan sesuatu bagi membantu dan mendidik anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang, memberi masa berkualiti kepada anak untuk memberi teguran dan nasihat.

Ibu bapa mungkin mampu menghantar anak mereka ke kelas tuisyen kerana mahukan keputusan cemerlang. Tetapi sejauh mana mereka mampu memberi perhatian mendidik supaya mempunyai akhlak baik, berdisiplin dan berbudi bahasa.

Di sekolah, guru tetap mendidik, tetapi mereka juga memerlukan masa mengajar silibus yang padat. Cabaran yang mereka hadapi amat berat. Oleh itu, ibu bapa mestilah bersama-sama melaksanakan tanggungjawab membina budi pekerti dan disiplin pelajar supaya mereka dapat dilahirkan sebagai modal insan berjaya dan cemerlang.

Tanggungjawab guru pada abad ke-21 lebih mencabar berbanding dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut mereka terus gigih berusaha bagi mendidik anak bangsa yang mampu bersaing.

Guru harus mempunyai semangat dan daya juang tinggi. Tidak ada sikap tidak boleh, tidak yakin, tiada masa, tiada kemahiran dan sebagainya. Ciri guru yang lebih berdaya saing ialah mempunyai keyakinan diri, kemahiran terkini, masa yang mencukupi, kreatif dan inovatif, menolak segala alasan dan menerima segala cabaran.

Hal ini bertepatan ungkapan “Teachers open the door. You enter by yourself”, yang bermaksud, guru sedia memberi segala ilmu yang ada dan terpulang pelajar mencorakkan keadaan yang akan datang. Oleh itu, kita menjadi saksi bahawa profesion perguruan bukanlah satu pekerjaan mudah dan boleh dipandang ringan.

Walau apa sekalipun, setiap guru mesti bersedia menghadapi cabaran mendatang, sama ada daripada murid, ibu bapa atau ahli masyarakat pelbagai lapisan dengan tabah, profesional, beretika dan jujur serta penuh berakauntabiliti. Dengan itu guru sudah menjunjung profesionnya ke tahap tinggi.





Profesion guru ke tahap tinggi

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

MEMENUHI tuntutan sebagai seorang pembina negara bangsa yang diletakkan ke bahu pendidik telah bermula sejak sebelum merdeka. Hingga kini, tanggungjawab itu tidak pernah sedikit pun berkurang.

Namun situasinya kini berbeza. Pelajar semakin ramai dengan sikap dan minda yang berbeza. Apatah lagi dengan keterbukaan dan kelantangan masyarakat memperkatakan tentang senario pendidikan negara maka peranan guru sebagai pembina negara bangsa semakin luas dan mencabar.


Inilah juga yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran melalui tema sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, sambutan Hari Guru yang ke-38 dan kali ini sambutannya diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu pada 16 Mei ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom menjelaskan, guru alaf baru kini tugasnya bukan sahaja mendidik daripada segi akademik tetapi membina suatu bangsa negara, bangsa Malaysia yang bermodal insan, cintakan negara, mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral. Ia penting untuk hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik.

Inilah juga yang dimaktubkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2020 iaitu Membina Negara Bangsa dan ia sejajar dengan Wawasan 2020 yang kini hanya tinggal 10 tahun untuk direalisasikan menjadi Malaysia negara maju dalam acuannya sendiri.

"Walaupun negara bangsa telah wujud sejak kita mencapai kemerdekaan tetapi ia mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana wujudnya persaingan globalisasi.

"Ia menuntut setiap negara mengukuhkan negara masing-masing daripada segi ekonomi mahupun pertahanan dan guru pula wajib memberi pendidikan terbaik untuk para pelajar,'' ujarnya.

Kata beliau, peranan guru era pasca dan sebelum merdeka sama penting.

"Selepas negara merdeka, kita melihat pendidikan sebagai bidang yang amat penting kerana kerajaan telah memberi peruntukan yang besar berbanding kementerian-kementerian lain,'' katanya.

Ini turut menjelaskan betapa kerajaan amat percaya dengan pelaburan yang besar itu ia boleh membawa pulangan yang besar kepada negara.

Katanya, cabaran untuk guru menambah ilmu dalam dunia ledakan maklumat bukan sahaja sesama mereka malah perlu bersaing dengan pelajar yang ada ketikanya lebih terkehadapan menerokai teknologi komunikasi maklumat (ICT).

"Kecanggihan pelajar menyebabkan guru kini perlu berdepan dengan pelbagai kerenah masyarakat, media massa dan pengaruh budaya luar. Maka amat penting untuk sekolah memastikan berlakunya pembangunan modal insan yang cemerlang,'' tegasnya.

Modal insan yang cemerlang bermakna individu itu turut mahir dalam membuat keputusan, berakhlak dan bermoral tinggi, berani, amanah, jujur, bekerjasama dan bertanggungjawab, suatu acuan individu yang mempunyai daya tahan dalam erti kehidupan globalisasi.

"Beratkah tanggungjawab guru sekarang? Sudah pasti, jika dibandingkan dengan 20 tahun atau 30 tahun lalu tetapi inilah peluang untuk guru menunjukkan kebolehan,'' katanya lagi.

Menurut Alimuddin, dedikasi, sabar dan tabah serta bertanggungjawab semasa menjalankan tugas adalah kunci utama untuk menangani kerenah masyarakat apatah lagi pelajar.

Dan sudah pasti peranan ibu bapa dalam dunia pendidikan bertambah memandangkan anak-anak mereka hanya berada di sekolah kirakira enam jam maka perhatian terhadap anak-anak perlu ditingkatkan.

Namun kata beliau, sikap masyarakat moden kini yang tidak suka "menjaga tepi kain orang lain" perlu dikembalikan.

"Menegur dan saling ingat-mengingatkan dan saya fikir banyak isu disiplin pelajar di luar sekolah dapat diselesaikan dengan sikap ini,'' katanya.

Walau bagaimana berat sekalipun tanggungjawab yang dipikul oleh guru namun Kementerian Pelajaran tidak pernah alpa terhadap kebajikan mereka.

Pada masa ini, terdapat 17 laluan kerjaya kepada guru seperti guru cemerlang, Pengetua cemerlang, Guru Besar cemerlang, Pegawai Pendidikan cemerlang. Malah tahun lalu sahaja sebanyak 62,000 jawatan naik pangkat dan naik gred telah diberi kepada guru-guru.

Daripada segi kewangan pula, banyak elaun diberi kepada guru seperti elaun Guru Besar dan Pengetua, elaun warden, elaun mata pelajaran kritikal dan termasuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI ) serta elaun guru kawasan pedalaman yang mencecah kepada RM1,500 sebulan.

"Ini bukti keprihatinan kerajaan terhadap guru malah apa juga imbuhan yang diberi kepada kakitangan kerajaan lain, guru juga menikmatinya misalnya pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan mahupun rawatan di hospital,'' katanya.

Tegas Alimuddin, profesion perguruan kini sudah sampai ke tahap tinggi jika dilihat daripada permohonan untuk menjadi guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Tahun ini ia mencecah lebih 90,000 permohonan sedang kekosongan untuk diisi ialah sekitar 5,000 tempat sahaja.

Beliau turut menolak tanggapan masyarakat bahawa senario itu seperti sebelum ini yang diamalkan oleh graduan negara yang menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan akhir.

"Senario itu tiada lagi kerana banyak permohonan bermakna banyak pilihan. Hanya mereka yang layak diterima,'' tegasnya.

Sementara itu, sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 akan bermula pada 14 Mei dengan pertandingan separuh akhir Pertandingan Bahas Guru Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan kategori bahasa Malaysia dan kategori bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Datuk Razali Ismail, Terengganu sementara pertandingan akhir pada 15 Mei.

Keesokannya, Majlis Menjunjung Budi untuk guru-guru di kawasan pedalaman dan guru di pulau serta guru kurang upaya akan diadakan. Ia turut melibatkan guru integriti dan guru di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Pulau Pinang.

Satu Forum Pendidikan akan diadakan di Wisma Darul Iman bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa.

Ahli-ahli panel forum terdiri daripada tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Sebagai menghargai usaha guru, Guru Besar dan Pengetua dalam memperkasakan ICT di sekolah, Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Anugerah Pemimpin TMK juga akan diadakan.

Sempena sambutan Hari Guru itu juga, Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan mengadakan Festival Hari Guru Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 14 Mei sehingga 17 Mei dengan pelbagai acara menarik untuk orang ramai.



Monday

Semakan Panggilan Temuduga


SILA KLIK PADA BANNER DI ATAS
UNTUK SEMAKAN KEPUTUSAN


PENGUNJUNG SETIA

KEMBALI RUANG UTAMA